Memandangkan harga barangan dapur dah semakin meningkat, sedikit sebanyak kita pun rasa terbeban juga. Tambah-tambah kalau yang dah berkeluarga dan anak ramai tu. Nak tak nak kena jugalah memasak, jimatlah sikit dari makan luar. Betul tak?

Tapi, kadang-kadang nak keluar tu rasa malas jugak kan, tambah-tambah tengah berpuasa ni. Haa..jangan risau, kenapa korang nak kena susah-susah keluar kalau korang boleh pesan je di HeroMarket melalui GrabMart. Siap ada penghantaran percuma. Bestnya!

Sebelum tu, jom kami kongsikan tips untuk beli barang dapur supaya korang tak terlebih bajet sambil berjimat dengan lebih banyak promosi di GrabMart!

Buat anggaran perbelanjaan bulanan


Korang mesti ada bajet setiap bulan untuk membeli barang dapur dan keperluan harian kan? Mungkin setiap bulan anggarannya tak sama tapi anggaran ni penting supaya korang tak terlebih bajet.

Contohnya, kalau bukan bulan puasa, bajet korang mungkin lebih sedikit kerana korang perlu memasak 2 hingga 3 juadah setiap hari untuk keluarga.

Tapi di bulan Ramadan, mungkin anggaran perbelanjaan dapur akan berkurangan sedikit kerana korang hanya perlu masak untuk waktu berbuka dan kebiasaannya panaskan sahaja juadah berbuka untuk sahur.

Pastikan buat list siap-siap!

Haa..yang ni penting! Min kalau pergi beli barang dapur, memang kena ada list siap-siap. Selain nak mengelakkan kita ulang alik ke kedai sebab tertinggal barang yang nak dibeli, ia juga penting untuk memastikan kita tak ambil barangan yang tak perlu.

Yelah, bila dah sampai groceries store tu, mulalah rambang mata nak beli macam-macam. Jadi, pastikan korang stick kepada list yang korang dah buat tu untuk elakkan terlebih bajet ya!

Beli apa yang perlu sahaja


Kita ni kadang-kadang dah berjanji dengan diri sendiri, bila pergi beli barang dapur, tak akan ambil barang yang tak perlu. Yelah, tiba-tiba teringin coklat, biskut, aiskrim, buah lah.

Lepastu dengan macam-macam promo dan diskaun yang ada confirm akan terpengaruh! Lepastu pejam mata beli dan bila balik rumah barulah menyesal sebab dah terlebih bajet untuk bulan ni.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ni dari terjadi, korang kena tahan diri dan pilih 1 atau 2 barang sahaja yang korang perlu tambah.

Beli barang dapur secara online


Zaman teknologi sekarang ni, scroll phone je terus dah boleh beli barang dapur. Tak payah susah-susah nak drive, lepastu cari parking, nak beratur lagi. Tambah-tambah dalam puasa ni, penatnya jangan cakaplah!

Bukan je korang dapat jimat masa dan tenaga, malah dapat jimat duit juga sebab selalunya bila beli barang dapur secara online ni, ada banyak promosi dan diskaun yang ditawarkan. Yang lagi best tu, siap ada penghantaran percuma. Tahu-tahu barang sampai depan pintu rumah je!

Nak lagi jimat, pesanlah di HeroMarket dengan GrabMart!

Kalau korang nak tahu, apa yang best bila korang berbelanja di HeroMarket melalui GrabMart ni adalah adalah banyak sangat diskaun menarik dan promosi hebat yang ditawarkan seperti di bawah ni:

Diskaun sehingga 30% bagi produk terpilih

Di HeroMarket, terdapat lebih dari 15 kategori barangan yang korang boleh pesan termasuklah, barangan segar, snek, minuman, makanan sejuk beku, barangan keperluan rumah, produk penjagaan diri dan banyak lagi!

Menariknya, korang boleh dapatkan barangan terpilih ni dengan diskaun yang hebat!

Kalau korang nak tengok barangan apa yang tengah promosi, korang boleh klik pada kategori “Discounted items” dan dapatkan barangan yang korang ingin pesan dengan potongan harga menarik seperti di bawah ni..

 

Memandangkan barangan dapur sekarang ni semuanya dah naik harga, sekali shopping tu tak sah kalau tak cecah RM100 atau RM200. Tapi, dengan diskaun dari GrabMart ni, korang dah dapat jimat lebih dari RM10 tau, siap dapat penghantaran percuma. Best kan?

Haa..korang tengoklah kat bawah ni, berapa banyak yang min dapat jimat. Berbaloi betul! 

Diskaun untuk pembelian pukal

Bila anak ramai ni, mana boleh beli barang sikit-sikit. Mesti kena beli banyak untuk buat stok bulanan. Haa..melalui GrabMart ni, korang dah tak payah runsing, sebab ada potongan harga bagi barangan terpilih untuk pembelian pukal.

Contohnya, beli 2 aiskrim Magnolia dan dapat diskaun sehingga 20%. Jumlah asal yang korang kena bayar adalah RM22.60 tetapi dengan diskaun yang ditawarkan, korang hanya perlu bayar RM18.08 je. Kan jimat tu!

Penghantaran percuma dengan GrabUnlimited

Bukan saja diskaun dan promosi, malah GrabMart juga turut menyediakan penghantaran percuma GrabUnlimited!

Tapi, untuk mengaktifkannya, korang perlu mendaftar sebagai pengguna GrabUnlimited dulu dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ni:

Yang bestnya, korang juga boleh cuba dulu guna GrabUnlimited ni sebab untuk pengguna baru, korang akan dapat 2 bulan langganan percubaan secara PERCUMA.

Lepas tu, kalau korang rasa GrabUnlimited ni memang best dan nak sambung langganan, korang boleh memperbaharui langganan dengan hanya RM4.90 sebulan.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Nak nikmati penjimatan yang berganda setiap hari? Pesanlah di HeroMarket melalui GrabMart hari ini juga!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN