Categories: Resipi

Bancuhan Tepung Idli Dan Tosai Guna 4 Bahan, Dengan Resipi Chutney Sekali

Jom buat sendiri bancuhan tepung untuk buat idli dan tosai. Memang sedap dimakan bersama kuah kari, chutney atau kacang dhal.

Kalau anda suka makan idli dan tosei, dan nak cuba buat sendiri kan. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Visalakshi Suparamaiam ini. Serius senang je walaupun kita tak ada acuan idli.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

Sesekali nak rasa air tangan sendiri ini bolehlah cuba. Boleh simpan dahulu dan jadikan bahan rujukan jika nak buat nanti.

Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI BANCUHAN TEPUNG UNTUK IDLI DAN TOSAI

Bahan bancuhan:

  • 1 cawan beras – beras biasa
  • 1/2 cawan kacang ulunthu
  • 1 sudu makan halba
  • 1/2 genggam nasi

Cara membuat:

1. Rendam campuran ni dengan air biasa selama kurang-kurang 6 jam. Selepas direndam 6 jam, blend campuran ini. 

2. Kemudiannya, masukkan bancuhan dah blend dalam satu periuk yang besar. Pastikan  bancuhan itu isinya separuh periuk sebab bila batter ini “ferment” , ia akan kembang dan melimpah ke atas.

3. Bancuhan ini pun ada mood juga. Bila cuaca sejuk sangat, batter ferment lambat. Tapi cuaca Malaysia sejuk nyaman. So, kebanyakan masa akan menjadi. 

4. Sebelum guna untuk buat tosei atau idli, campur sedikit garam. Batter untuk tosei kena cair sikit berbanding batter untuk idli.

Cara Buat Chutney Kelapa:

1. Sangai dulu kelapa parut dengan api kecil hingga naik harum.

2. Kemudiannya dalam kuali, tumis cili hijau dan bawang merah dan sedikit halia. Masukkan kelapa yang dah disangai . Kacau rata dan tutup api. Bagi campuran ini sejuk sikit dan kemudiannya kisar halus.

3. Ambil kuali, tumis sedikit biji sawi, daun kari dan cili kering. Guna api kecil agar daun kari dan cili kering tak jadi hangit. Bila dah naik harum, masukkan campuran yang dah kisar dan kacau hingga sebati. Tambah garam secukup rasa. Siap.

Cara buat Chutney Tomato:

1. Tumis bawang merah, cili kering atau cili merah, bawang putih dan tomato.

2. Bila tomato dah jadi lembut, tutup api. Bagi sejuk sikit, blend campuran ni.

3. Ambil kuali, tumis biji sawi dan daun kari. Bila naik harum, masukkan bahan yangg dah blend tu.

4. Tambah garam secukup rasa. Siap.

5. Masa tumis tomato, boleh juga masukkan sedikit daun ketumbar. Sedap rasa dan wangi.


Selamat mencuba resipi ini

Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Waffle Mudah Hanya Guna 4 Bahan, Tekstur Kekal Lembut Walaupun Dah Sejuk!

Nak sediakan sarapan untuk anak tetapi tak mahu kelam-kabut waktu pagi? Resepi waffle mudah ini…

3 hours ago

Resipi Kuetiau Kantonis, Rasa Kuah Yang Pekat & Beraroma Jadi Lebih Puas Makan!

Kalau teringin kuey teow kantonis yang kuahnya pekat, beraroma dan menyerap elok pada kuey teow,…

9 hours ago

Dessert Cecah RM35? Netizen Terkejut Tengok Senarai Harga Makanan Di F1 Malaysia, Ini 11 Vendor Ada!

Acara F1 Malaysia bukan sahaja dinanti kerana aksi sengit di litar, malah pilihan makanan dan…

12 hours ago

Japchae Pun Boleh Jadi Menu ‘Fancy’! Tambah Chili Crisp Terus Lagi Pedas, Sedap & Wangi

Resepi japchae ini sesuai untuk mereka yang mahu menyediakan hidangan ringkas tetapi tetap nampak istimewa.…

12 hours ago

Resipi Tauhu Sumbat Goreng Rangup, Letak Inti Sayur Penuh Macam Ini Memang Puas Hati!

Tauhu sumbat goreng memang antara kudapan yang susah nak ditolak, lebih-lebih lagi kalau dimakan panas-panas.…

13 hours ago

Resipi Iced Spanish Latte Guna Serbuk Kopi Segera, Hasilnya Creamy Macam Minum Dekat Kafe!

Sempena Hari Kopi Sedunia, anda tak perlu ada mesin kopi untuk buat air Iced Spanish…

15 hours ago