bajet makan seminggu

Ada pelbagai cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan iaitu dengan memasak di rumah. Mari ikuti perkongsian bajet makan seminggu dari Cik Puan Mimi Rozmiza Rozman ini. 

Jika betul-betul masak setiap hari, anda boleh jimat banyak kos untuk makanan. Harga makanan siap dimasak boleh mencecah belasan ringgit jika tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Untuk makan tengahari dan makan malam sahaja, anda boleh berhabis hampir tujuh ke lapan ratus ringgit.

Baca juga: Idea Menu Sebulan Bajet RM403 Untuk Bujang, Wanita Ini Kongsi Pengiraan

Dengan bantuan tip dari Mimi ini, anda boleh jimatkan perbelanjaan untuk dua orang makan dengan hanya RM79 sahaja untuk seminggu. Jom baca artikel ini sampai habis.


BAJET MAKAN SEMINGGU UNTUK 2 ORANG DENGAN RM79

Saya ibu bekerjaya tetapi memasak adalah minat saya. Modal semua ini RM79. Tapi boleh masak setiap hari untuk makan seminggu suami isteri. 

Suami saya bawa bekal hari-hari sudah 3 tahun lebih walaupun masa awal-awal dulu ramai saja kawan-kawan suami cakap “awal-awal kahwin bolehlah”

Dia memang akan bawa bekal setiap hari untuk sarapan dan makan tengahari tanpa miss. Kalau dia tak bawa bekal, sama ada dia tak sempat makan atau kena keluarkan paling kurang RM17 sehari untuk sarapan dan makan tengahari.

Dekat sini kos untuk seminggu dah RM85.

Saya pula dah terbiasa daripada zaman kerja makan gaji lepas graduasi bawa bekal, jadi masak dan bawa bekal ini sudah menjadi rutin dalam kehidupan saya.

Modal untuk minggu ini RM79.

bajet makan seminggu

Barang dapur yang dapat: 

  • Bayam
  • Pegaga (Ni I minum buat air)
  • Daun Bawang
  • Pak choy
  • Brocolli
  • Bendi
  • Serai
  • Terung
  • Tauge
  • Mee Kuning
  • Udang 20 ekor – boleh masak 2 kali
  • Ketam 2 ekor
  • 2 potong ikan merah
  • Ayam separuh

Dekat rumah masih ada serbuk kari, santan, daun kari, beras (beras kami 2kg memang tahan sampai sebulan lebih , kami memang beli beras 2kg je sebab beli 5kg sampai 4-5bulan boleh berbubuk) dan telur 5 biji.


Membeli makanan siap di luar adalah antara penyumbang kos sara hidup terbesar.

Dengan ilmu memasak yang minima dan pembelian barang dapur yang bijak, anda mampu mengurangkan kos makan bulanan.

Yang penting ialah konsisten memasak setiap hari dan kurangkan pembaziran. Bila anda dah biasa masak, mesti masakan pon semakin sedap sampai tak nak lagi makan di luar.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mimi Rozmiza Rozman

Baca juga: Lelaki Kongsi IDEA Lauk Untuk Seminggu, Memang Jimat ‘Prep’ Awal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN