Categories: Resipi

Bahulu Mini Comel Dan Lembut, Geram Tengok Sampai Tak Sabar ‘Ngap’!

bahulu minibahulu mini

Jika anda mempunyai hobi buat kuih-muih pada masa lapang, memang cukup beruntung kerana pada hari ini, kami akan kongsikan cara buat Bahulu Mini yang comel.

Bahulu atau baulu adalah sejenis kuih tradisional orang Melayu yang sangat popular pada musim perayaan dan ia juga sering dihidangkan sewaktu majlis kenduri-kendara di kampung.

Kini, Bahulu mudah didapati di pasar raya pada bila-bila masa kerana ia merupakan kudapan enak yang sering mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai.

Terdapat 3 jenis Bahulu iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Apa yang kami boleh katakan, semuanya sedap dan memikat selera.

Pada zaman yang serba moden, kuih tradisional ini telah dibuat dalam pelbagai variasi dan perisa, malah ada yang bentuknya comel seperti Bahulu Mini.

Resipi Bahulu Mini ini dikongsikan oleh Tengku Maya di Facebook yang telah mendapat pujian ramai kerana bentuknya yang comel dan mudah dimakan. Jom kita cuba buat!

Baca juga: Bahulu Goreng, Resipi Ringkas Tanpa Bakar Tapi Rangup Bukan Main!

RESIPI BAHULU MINI

bahulu minibahulu mini

Bahan-bahan:

  • 1¼  cawan tepung gandum
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul telur dan gula bersama esen vanilla sehingga kembang.

2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan pukul lagi atau kacau saja sampai sebati.

3. Kemudian, boleh bakar. Jika bakar guna dapur, nampak kekuningan atau sedikit garing saja sudah boleh angkat. Guna api perlahan untuk elakkan daripada hangit. Siap untuk dinikmati!

*Saya bakar guna popcake maker yang anti lekat sebab mudah, tinggal letak saja adunan. Setelah masak, ia akan menyala seperti bakar roti.

Betapa mudahnya buat Bahulu Mini ini tanpa memerlukan bahan yang banyak di rumah. Bukan saja bentuknya yang comel dan menarik, malah ia sungguh lembut dan gebu apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku Maya

Baca juga: Kuih Bakar Pandan Sedap Paling Mudah, Mak-Mak Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja!

Aimi

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

2 days ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

2 days ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

2 days ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

2 days ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

3 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

3 days ago