Categories: Resipi

Apam Nasi Sukatan Cawan Ala Paddle Pop, Cantik Dan Gebu Bukan Main!

Jika anda mempunyai banyak masa lapang di rumah, boleh hilangkan bosan dengan belajar buat Apam Nasi sukatan cawan ala paddle pop ini.

Orang dulu-dulu sering berjimat dalam menggunakan segala bahan yang ada di rumah, sampaikan lebihan nasi sejuk pun mereka gunakan untuk buat Apam Nasi yang sedap.

Apam Nasi adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung beras. Bagi menambahkan lebih aroma, ada yang gunakan santan dan rempah ratus seperti daun pandan ketika membuatnya.

Kami tertarik untuk kongsikan resipi Apam Nasi sukatan cawan ala paddle pop oleh Aishah Ismail di Facebook ini. Bukan setakat cantik, malah gebunya tak masuk akal. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!

RESIPI APAM NASI SUKATAN CAWAN ALA PADDLE POP

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1½ cawan gula
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 cawan air
  • 1 paket mauripan

Cara-cara:

1. Mula-mula, satukan tepung gandum, tepung beras, mauripan, gula pasir dan nasi sejuk.

2. Selepas itu, blend semuanya dengan 2 cawan air, campurkan sekali kacau macam kita buat cekodok. Jika pekat, boleh tambah ½ cawan air lagi.

3. Seterusnya, bahagikan untuk letak pewarna dan perap lebih kurang 40 minit. Tuang ke dalam loyang (saya guna 9×9, oleskan minyak terlebih dahulu, tuang bancuhan berselang seli).

4. Akhir sekali, kukus selama 1 jam. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Apam Nasi sukatan cawan lebih mudah dibuat dan hasilnya terjamin menjadi. Lebih-lebih lagi, anda boleh buat dalam bentuk seperti paddle pop yang berwarna-warni.

Anda boleh tambahkan kelazatan Apam Nasi ini dengan memakannya bersama kelapa parut yang digaul garam dan dikukus sebentar supaya tahan  lebih lama.

Selain itu, anda juga boleh sediakan kopi atau teh O ketika menikmatinya ini bersama keluarga tersayang pada waktu sarapan atau minum petang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Aishah Ismail

Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Secara Kukus, Hasil Lebih Cantik Dan Gebu

Aimi

Recent Posts

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

20 minutes ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

36 minutes ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

1 hour ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

2 hours ago

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

2 hours ago

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

4 hours ago