Categories: Informasi

Hati-Hati! Ada 15 Bahan Tersembunyi Dalam Makanan Yang Lebih Bahaya Dari Gula Putih

Ramai orang sedar tentang bahaya gula putih, tetapi sebenarnya terdapat bahan makanan lain tersembunyi dalam produk harian yang lebih berisiko kepada kesihatan.

Artikel yang kami kongsikan di bawah ini akan membongkar 15 bahan makanan yang sering tersembunyi dalam makanan supaya anda boleh membuat pilihan lebih bijak untuk diri sendiri dan keluarga.

Baca juga: Bye-Bye Sembelit, Ini Pilihan Makanan Yang Bantu Lancarkan Pencernaan & Badan Rasa Ringan!

15 BAHAN MAKANAN YANG LAGI BAHAYA DARI GULA PUTIH

 

1. High Fructose Corn Syrup (HFCS)

High Fructose Corn Syrup (HFCS) adalah pemanis cecair yang sering ditemui dalam sos, roti dan makanan “sihat” yang diproses. HFCS diproses oleh hati secara berbeza dan boleh menggalakkan penyimpanan lemak lebih cepat daripada gula biasa.

2. Trans Fat

Walaupun telah dilarang di banyak negara, trans fat masih boleh ditemui dalam makanan di jika jumlahnya kurang dari 0.5g/hidangan. Ia digunakan untuk melanjutkan tempoh simpanan tetapi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan keradangan.

3. Artificial Food Dyes (Warna Tiruan)

Warna tiruan seperti Red 40, Yellow 5 dan Blue 1 sering ditemui dalam gula‑gula, minuman dan bijirin. Ia memberi warna terang tetapi dikaitkan dengan hiperaktif dalam kanak-kanak dan tiada nilai pemakanan.

4. Sodium Nitrite/Nitrate

Bahan ini digunakan sebagai bahan pengawet dalam daging terproses seperti bacon dan sosej untuk mengekalkan warna merah jambu. Namun, ia boleh membentuk nitrosamine, sebatian yang dikaitkan dengan risiko kanser apabila terdedah kepada haba.

5. Monosodium Glutamate (MSG)

MSG ialah perasa yang meningkatkan rasa tetapi boleh menyebabkan peningkepala atau etidakselesaan lain sesetengah individu. Ia sering disembunyikan di bawah nama seperti “hydrolyzed protein” dan “autolyzed yeast.”

6. Artificial Sweeteners (Pemanis Tiruan)

Pemanis seperti aspartame, sucralose dan saccharin memberi rasa manis tanpa kalori, tetapi kajian menunjukkan ia boleh mempengaruhi bakteria usus dan malah meningkatkan ketagihan terhadap gula.

7. BHA & BHT

Ini ialah bahan pengawet yang melambatkan penguraian lemak di dalam makanan seperti bijirin dan kerepek. Walaupun diiktiraf sebagai “selamat” walaupun terdapat kebimbangan tentang kesannya terhadap kesihatan jangka panjang.

8. Propylene Glycol

Digunakan untuk mengekalkan kelembapan dalam produk seperti salad dressing dan aiskrim. Walaupun dianggap selamat dalam jumlah kecil, ia juga digunakan dalam antifreeze, jadi ramai yang mengelak bila boleh.

9. Carrageenan

Carrageenan adalah penstabil yang diambil dari rumpai laut, tetapi kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan iritasi pencernaan dan keradangan, walaupun terdapat dalam makanan yang dianggap sihat.

10. Potassium Bromate

Digunakan dalam roti dan produk bakeri untuk memberi tekstur yang lembut dan gebu. Ia telah dilarang di negara seperti China, Eropah dan Kanada kerana risiko kesihatan tetapi masih ditemui di beberapa roti komersial.

11. Phosphates (Sodium/Calcium Phosphate)

Phosphate digunakan untuk mengekalkan kelembapan dan tekstur dalam makanan terproses. Walaupun diperlukan tubuh dalam jumlah kecil, pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan masalah jantung dan buah pinggang.

12. Aluminum Additives (Aditif Aluminium)

Bahan yang sama digunakan dalam aluminium foil dan tin makanan ini boleh meningkatkan tahap aluminium dalam badan jika dimakan secara kerap, yang mungkin mempengaruhi sistem saraf dan otak.

13. Sodium Benzoate

Pengawet ini biasa dalam minuman bergas dan jus buah. Jika digabung dengan vitamin C, ia boleh menghasilkan benzene, sebatian yang diketahui sebagai kanserogen.

14. Brominated Vegetable Oil (BVO)

BVO digunakan dalam beberapa minuman citrus untuk mengekalkan rasa dan mengelakkan pemisahan. Ia telah dibuang oleh banyak jenama setelah desakan pengguna, tetapi masih boleh ditemui dalam sesetengah minuman.

15. Polysorbate 60 & 80

Emulsifier yang digunakan untuk menggabungkan minyak dan air. Kajian awal menunjukkan ia mungkin menjejaskan keseimbangan bakteria usus dan sistem pencernaan jika dimakan terlalu banyak.

Sumber: Chef Standards

Baca juga: Jenis Buah Naga Rupanya Ada Banyak, Warna Dan Rasa Pun Berbeza-Beza

Wan N

Recent Posts

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

3 minutes ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

28 minutes ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

44 minutes ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

1 hour ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

2 hours ago

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

3 hours ago