Categories: Resipi

Ayam Percik Kelantan, Cikgu Ini Kongsi Tips Untuk Tambah Lagi Sedap

Setiap kali ke pasar malam, pasti anak-anak akan minta untuk belikan ayam percik buat mereka. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga sukakannya.

Ia merupakan makanan yang menggunakan daging ayam yang dibakar, kemudian ia dilumurkan dengan kuah percik. Enak dimakan terutama ketika masih panas.

Hidangan ini ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.

Perkongsian resipi daripada seorang guru bernama Cikgu Hafiz Zainun di Facebook ini memang memikat selera. Beliau juga bagitahu tips menarik untuk tambah kesedapannya.

Baca juga: Jom Cuba Resepi Ayam Percik Paling Power & Terlajak Sedap, Tengok Pun Dah Terliur

RESIPI AYAM PERCIK KELANTAN CIKGU

Bahan-bahan:

  • 9 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 batang serai
  • Gula melaka, gula putih, garam (secukup rasa)
  • 2 kotak santan kecil
  • 1 kiub ayam
  • 2 inci halia
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar minyak masak kelapa sawit

Cara-cara:

1. Tumis semua bahan tu atas api yang kecil (jangan lupa kisar sampai halus dulu). Tambah gula and garam ikut rasa yang anda nak.

2. Asam keping (yang ni jangan kisar pula) masak dengan kuah tadi. Angkat bila kemasaman dah menepati cita rasa korang.

3. Masak sehingga sedikit pekat.

4. Lumurkan kuah tadi tu dekat ayam (perapkan, lagi lama perap lagi padu).

5. Masa bakar, anda bakar dan selang seli lumurkan lebihan kuah diatas ayam. Lagi banyak kali anda ulang langkah ini, lagi bertambah sedap.

Diingatkan bahawa resipi ini untuk seekor ayam. Jika anda nak buat dua ekor, boleh gandakan bahan di atas ya.

Dah biasa sangat beli di pasar malam, kali ini mak-mak boleh buat sendiri sebagai santapan keluarga tersayang di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Cikgu Hafiz Zainun

Baca juga: Ayam Percik Kuning Ala Terengganu, Resipi Ringkas & Mudah Tanpa 2 Kali Bakar

Aimi

Recent Posts

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

3 minutes ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

28 minutes ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

44 minutes ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

1 hour ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

2 hours ago

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

3 hours ago