Tak dinafikan betapa mudahnya kerja memasak dengan adanya air fryer di rumah. Oleh itu, kami nak kongsikan resipi Ayam Percik air fryer yang sangat mudah caranya.
Ayam Percik ialah hidangan lauk yang popular dari negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Biasanya, ia dimakan dengan nasi ulam, budu dan sambal belacan yang lazat.
Cara memasaknya sangat mudah dengan memerap dahulu ayam di dalam kuah santan yang dimasak bersama kunyit, halia, bawang, serai dan lada, kemudian dibakar atas dapur arang.
Ramai tertarik dengan perkongsian resipi Ayam Percik air fryer oleh Zamaizura Nawawi di Facebook dan tibalah giliran anda untuk membuatnya di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar bawang putih, bawang merah atau bawang besar, halia dan serai bersama cili boh, santan pekat, gula dan garam secukup rasa.
2. Selepas itu, sapukan bahan perapan pada kedua-dua bahagian paha ayam penuh.
3. Kemudian, letak minyak masak dalam 2 sudu besar dan gaulkan dengan ayam bersama bahan perapan.
4. Seterusnya, perap ayam selama lebih 2 jam. Semakin lama perap, semakin sedap isi ayam.
5. Setelah itu, bakar ayam dalam air fryer dengan menggunakan suhu 170ºC selama 15 minit.
6. Akhir sekali, alihkan ayam dan bakar sebelah lagi dengan suhu yang sama selama 10 minit saja. Siap untuk dihidang!
Tak perlu bakar atas arang pun, anda masih boleh buat Ayam Percik yang sedap dengan menggunakan air fryer. Bukan saja mudah, malah ia menjimatkan masa memasak di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Zamaizura Nawawi
Baca juga: Ayam Bakar Air Fryer Tanpa Gula, 3 Langkah Saja Dapat Isi Lembut Berjus!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…