Categories: InfomasiResipi

Ayam Pedas Korea, Resipi Paling Senang Untuk Dicuba!

Tengah tonton K-drama, mesti terliur tengok mereka makan ayam pedas korea kan? Yang pasti, sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Istimewa ayam goreng ini adalah sos yang digunakan. Sos yang pedas, masam dan manis memang sedap untuk diratah begitu sahaja.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Liyanna yang dikongsikan oleh beliau melalui laman sosial Facebook. 

Baca juga: Tip Rebus Barli Agar Tahan Lama, Barulah Tak Cepat Basi!

RESIPI AYAM PEDAS KOREA

Bahan-bahan:

  • Ayam whole wing (akan dapat 2 bahagian: wing dan drummet)
  • Ayam direndam/brine dalam tempoh 2 hingga 3 jam
  • Biji lada hitam
  • Daun bay
  • Garam
  • Air secukupnya (menutupi ayam)
  • Tepung gandum
  • Tepung Bestari
  • Air (adunan tidak terlalu cair atau pekat)
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung Bestari (perisa garlic, spicy, atau original mengikut selera)

Bahan sos:

  • Segenggam cili kering pedas (direbus dan dikisar)
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 3-4 sudu besar madu
  • 3 sudu besar gula perang (boleh guna gula putih)
  • Garam dan stok ayam
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1-2 sudu besar cuka makan (masukkan apabila sos hampir masak)
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • 2 sudu besar bijan (disangai, separuh masuk dalam sos dan separuh lagi untuk tabur atas ayam selepas disapu sos)

Sukatan ini untuk 17 keping whole wing ayam. Jika ingin buat dalam kuantiti sedikit, kurangkan sukatan bahan-bahan.

Cara memasak:

1.  Rendam ayam dalam air yang dicampur dengan biji lada hitam, daun bay, dan garam selama 2-3 jam.

2. Selepas rendam, campurkan ayam dengan campuran tepung gandum, tepung Bestari, dan air sehingga adunan tidak terlalu cair atau pekat.

3. Salut ayam dengan campuran tepung gandum, tepung beras, dan tepung Bestari mengikut selera.

4.  Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan keemasan.

5.  Tumis cili kering yang telah dikisar bersama bawang putih. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, gula perang, garam, stok ayam, dan serbuk cili. Apabila sos hampir masak, masukkan cuka makan. Akhir sekali, tambahkan bijan sangai.

6. Gaulkan ayam goreng dengan sos sehingga rata. Taburkan bijan sangai di atasnya.

Ayam pedas korea kini sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago