Salah satu lauk utama yang menjadi pilihan ramai dan paling dicari-cari sewaktu kenduri ialah Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin.
Maimunah Binti Zulkifli telah kongsikan resipi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin di Facebook, siap ada bahan rahsia supaya lebih sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng ayam separuh masak, angkat, toskan dan ketepikan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, panaskan minyak sapi dan masukkan rempah sekawan.
3. Kisar atau racik bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia, kemudian tumis sampai naik bau.
4. Seterusnya, masukkan serai dan daun pandan, kemudian tumis sampai naik bau lagi.
5. Masuk kan cili kering dan tumis sampai pecah minyak, kemudian masuk kan buah keras, puree tomato, sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa. Tumis lagi sampai pecah minyak.
6. Setelah itu, masukkan ayam dan gaul sebati sampai masak. Apabila ayam sudah masak, masukkan santan pula dan gaul sampai masak lagi. Siap untuk dihidang!
Jika nak hidangan Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin ini nampak lebih menarik, anda boleh taburkan daun sup atau cili besar di atasnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Maimunah Binti Zulkifli
Baca juga: Cara Masak Ayam Kicap Berempah, Biasa Jumpa Lauk Ini Di Kenduri Je
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…