Categories: Resipi

Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!

Sesiapa yang sukakan pedas pasti merupakan peminat setia Ayam Masak Lemak Cili. Ia adalah antara makanan popular di Negeri Sembilan.

Malaysia mempunyai 14 negeri dengan cara memasak berbeza. Ada negeri suka maniskan masakan, ada pula yang gemar makan pedas.

Jika ditanya tentang bab makan pedas, anda pasti terfikir Negeri Sembilan bukan? Lebih-lebih lagi masak lemak mereka.

Baca juga: Teknik Betul Masak Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Negeri Sembilan’

Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan masak lemaknya yang pedas. Tapi kesedapannya itu membuatkan ramai berselera memakannya.

Jika anda membuatnya tanpa menggunakan bahan yang rumit, ada boleh cuba stail bujang yang dikongsikan oleh aniqclone di TikTok.

Biasanya ia dimasak dengan kuah yang agak cair. Tapi resipi yang dikongsikan ini menunjukkan cara masak dengan kuah yang pekat.

RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI STAIL BUJANG

Bahan-bahan kisar:

  • 1/2 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih
  • 6 hingga 7 batang cili padi

Bahan-bahan lain:

  • 6 hingga 7 drummet ayam
  • 1 biji kentang
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 2 hingga 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 100ml santan
  • 100ml air gunung
  • Garam, gula dan perasa tambahan

Cara-cara:

1. Mula-mula, salut ayam dan kentang dengan kunyit. Goreng sehingga garing.

2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping sehingga naik bau.

3. Masukkan pula santan, air, gula, garam dan perasa tambahan. Masukkan sekali ayam dan kentang yang dah digoreng.

4. Gaulkan bahan-bahan hingga sebati. Siap!

Apabila sudah siap dimasak, anda boleh hidangkan lauk yang enak ini. Makan dengan kicap pun sedap.

Bukan saja boleh dimakan bersama nasi, nak makan roti dan cicah dengan kuahnya pun boleh juga. Selamat mencuba!

Sumber: aniqclone

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago