Resepi ayam masak kurma simple ini bahan asasnya lebih kurang seperti anda memasak kari juga. Cuma, bezanya rempah digunakan adalah rempah kurma.
Sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga kerana rasa rasa lemak dan rempah yang lembut serta tidak pedas.
Jom cuba resipi ayam masak kurma oleh Cik Puan Nor Misnor menerusi laman sosial Facebook di bawah.
Baca lagi: Resipi Sambal Daging Bersantan, Belum Siap Masak Dah Tak Sabar Nak Makan!
Bahan-Bahan:
Bahan Kisar:
Bahan Lain:
Bahan Hiasan:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, dan cili besar hijau hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan bunga cengkih hingga naik bau harum.
3. Setelah rempah 4 sekawan naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga agak garing dan wangi.
4. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil, kentang, dan bawang besar yang telah dibelah 4. Kacau dan biarkan ayam kecut seketika sebelum menambah air.
6. Masukkan garam secukup rasa dan renehkan ayam sehingga empuk. Pastikan kentang juga lembut.
7. Setelah ayam empuk, masukkan santan pekat, cili besar hijau, cili besar merah, dan tomato. Biarkan mendidih seketika.
8. Apabila kuah telah mendidih dan semua bahan masak sempurna, tutup api. Hidangan Masak Kurma Ayam anda siap untuk dihidangkan.
Tip Tambahan:
Jika anda inginkan lebih kepedasan, boleh tambahkan cili padi mengikut citarasa. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman untuk menambah selera.
Sumber: Nor Misnor
Baca lagi: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…