ayam masak kurma

Seorang pengguna Facebook, Umie Watie berkongsikan resipi ayam masak kurma yang dimasak oleh abahnya.

Menurut Umie Watie lagi, bila abah masak memang licin sampai ke kuah. Rupanya ada kena letak bahan rahsia kalau nak kuahnya menjadi pekat dan sedap.

Selain dimakan bersama nasi, sedap juga bila dicicah dengan roti atau lempeng. Kalau nak tahu apa ‘rahsia’ abah, jom lihat resipi lengkap di bawah.

Resipi Ayam Masak Kurma Pekat & Sedap

Langkah-langkah membuat ayam masak kurma:

1. Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan tu jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk kurma.

2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.

3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Guna 1 ½ peket kecil serbuk Kurma.

4. Ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi, pekat melekat dan mantap.

ayam masak kurma

5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.

6. Gaul rata, biar bahan tadi dah pecah minyak sekali lagi. Letakkan ayam ½ ekor.

7. Kacau-kacaukan. Biarkan ayam sekejap biar air ayam tadi kering, barulah masukkan air. Letakkan lebih kurang 2 cawan air.

8. Masukkan pes asam jawa supaya kuah kita rasa masam-masam manja.

9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.

10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk, masukkan ¼ cawan santan.

ayam masak kurma

11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.

12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.

13. Dah siap. Hidangkan untuk anak dan suami. Jangan lupa masak nasi siap-siap.

ayam masak kurma

Selamat mencuba!ayam masak kurma

Kredit: Umi Watie

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN