Mari cuba sediakan Ayam Masak Cili Kering. Resipinya mudah dan ringkas. Tapi, bila sudah siap dimasak, memang nikmat makan dengan nasi putih.
Setiap hari, kehadiran hidangan ayam adalah satu keperluan, sama ada untuk makan tengah hari atau malam. Ini terutama benar apabila ada anak-anak yang tidak gemar makan ikan, daging, atau makanan laut. Oleh itu, ayam sering menjadi pilihan utama.
Baca juga: Garlic Green Beans, Resipi Viral Dari US Dan China, Sedap Macam Style Restoran Cina!
Memang ada masa di mana kita kehabisan idea untuk memasak ayam. Ayam goreng, ayam bakar, ayam percik, ayam sambal, kari ayam, gulai masak lemak – semuanya sudah cuba. Jadi, boleh cuba masakan cina yang mudah dan ringkas ini.
Resipi ini telah dikongsikan oleh @che_eda melalui laman TikToknya. Memang nampak sedap dan menyelerakan.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Gaul ayam dengan serbuk kari, kunyit, garam, halia, dan bawang putih yang ditumbuk. Pastikan semua bahan tercampur rata dan perap sekejap agar bahannya meresap.
2. Goreng ayam dalam minyak panas sehingga masak. Kemudian ketepikan ayam yang telah dimasak.
3. Dalam minyak bekas menggoreng ayam, tumiskan bawang merah yang dihiris, cili kering, dan daun kari. Kacau sehingga bawang merah dan cili kering layu.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau rata dengan bahan tumisan. Tambahkan sos tiram dan sos cili Thai, dan terus gaul sehingga semua bahan tercampur rata.
5. Bila ayam dan bahan-bahan lain sudah sebati, percikkan kicap lemak manis untuk memberi warna dan rasa yang kaya. Gaul kembali agar semua bahan meresap dengan baik.
6. Pastikan ayam masak dengan sempurna dan kuah pekat.
Video penuh:
@che_eda ayam cili kering simple ja tapi sangat sedap ampa. dia lbh kurang kungpou… tapi beza satu dua bahan la… ampancuba tau #resepicheeda #resepi #tiktokchef #cheedamasak #daridapuraida #resepiviral #resepitiktok #food #makanlokal #myfoodie #fypシ #fyp #fypage #foryoupage #foryou #viral #tiktokviral
Selamat mencuba.
Sumber: TikTok
Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…