Kalau ibu-ibu sudah ketandusan idea nak masak apa menggunakan ayam, apa kata jom cuba resepi ayam masak cabai bersantan ini.
Menu ini seakan sama dengan masak lemak cili api, tetapi lebih beraroma dan berkrim. Makan dengan nasi panas memang padu!
Jika ada yang mahu mencuba, bolehlah ikuti resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Cik Ena Rahman di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak:
1. Tumbuk semua bahan yang bertanda (*) di atas. Boleh dikisar juga jika tak mahu tumbuk, jangan kisar terlalu halus.
2. Kemudian, tumis bahan yang dikisar tadi sehingga sedikit garing.
3. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan pula santan, asam keping dan bahan-bahan perasa (serbuk kunyit, sos tiram, cukup rasa, garam, gula).
4. Kalau suka kuah cair, boleh tambah sedikit air.
5. Seterusnya masukkan bahan utama iaitu ayam/sotong/ikan/udang. Gaul sebati dan biarkan sehingga separuh masak.
6. Gaul semua bahan sehingga rata dan jangan lupa masukkan daun kunyit. Sambung gaul sehingga masak.
7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cik Ena Rahman
Baca juga: Masak Lemak Cili Api Versi Telur Dadar, Resipi Jimat Tak Perlu Guna Ayam!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…