Ayam Masak Asam Kunyit adalah hidangan tradisional Melayu yang kaya dengan perisa dan rempah. Memang tak jemu dapat makan lauk ini setiap hari!
Baca juga: Ayam Masak Stim Limau Cara Mudah, Resipi MEMIKAT Perut Suami
Cukup rasa masam, pedas, aroma kunyit dan rasa ayam yang enak ini membuatkan hidangan ini lazat. Hidangan ini antara salah satu lauk yang popular dekat Malaysia kerana gabungan rasa yang unik ini.
Mari ikuti cara untuk memasak menerusi perkongsian resipi dari Cik Puan Naemah Kamaruddin.
RESIPI AYAM MASAK ASAM KUNYIT
Menu kesukaan anak-anak. Masak hari-hari pun tak jemu, kelmarin puyuh, hari ini ayam pula.
Bahan-bahan menumis:
- 2 senduk kecil minyak
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah/½ labu bawang besar
- 1 inci halia – mayang
Bahan-bahan lain:
- 2 sdb sos tiram
- 3 sdb air asam jawa
- 1 sdt gula
- ½ sdt cukup rasa – optional
- 1 cawan air
- 3 biji kentang
- ½ labu bawang besar
- 2 batang cili besar
- 1 batang daun bawang – potong
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bahan menumis sampai garing.
2. Masukkan ayam, masak hingga isi ayam separuh masak. Masukkan sos tiram, kentang, air asam jawa, gula, dan air.
3. Renehkan sampai air sedikit menyejat dan ayam serta kentang empuk.
4. Biar sampai nak kuah pekat. Masukkan bawang, cili, serta daun bawang. Kacau rata dan boleh tutup api apabila hidangan sudah sepenuhnya masak.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi Ayam Masak Asam Kunyit ini.
Baca juga: Ayam Butter Cara Masakan India, Sedap Rasa Rempah dan Lemak Berkrim!