Ayam Kung Pao Kacang Gajus

Pernah merasa Ayam Kung Pao Kacang Gajus? Selalunya kalau masakan cina mesti terbiasa dengan style Kam Heong je kan. Apa kata kita cuba resipi ini pula. 

Walaupun hidangan nampak lebih kurang seperti masak kicap, tapi rasanya berbeza tau. Tekstur hidangan ini ada rasa kekacang dan pedas-pedas manis kerana ia menggunakan kacang gajus serta cili kering.

Baca juga: Resipi Sotong Kung Pao, Ala-Ala Masakan Cina Yang Mudah & Lazat

Disebalik hidangan Kung Pao ini, rupa-rupanya ada sejarahnya yang tersendiri. Ia dicipta secara tak sengaja oleh Ding Baozhen pada Dinasti Qing kerana dia suka makan ayam dan kacang. Maka, terhasillah resipi yang sedap ini.

Nak lagi kick, jangan ratah terus, makan dengan nasi panas memang ngam habis. Anak-anak pun boleh makan. 

Resipi Ayam Kung Pao Kacang Gajus ini telah dikongsikan oleh Mastura Mukhtar menerusi laman Facebook. Menurut beliau, makan dengan nasi panas memang sedap.


RESIPI AYAM KUNG PAO KACANG GAJUS

ayam kung pao kacang gajus

Bahan Perap:

  • 500g dada ayam – dipotong dadu
  • 1 biji telur
  • 5 sdb tepung jagung
  • 1 sdk lada hitam
  • Paprika
  • 1 sdk kicap cair
  • Sedikit garam

Bahan menumis:

  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • Cili benggala – optional
  • Daun bawang
  • Kacang gajus
  • 5 tangkai cili kering – ikut tahap kepedasan masing-masing

Bahan sos:

  • 1 sdk minyak bijan
  • 4 sdb kicap manis
  • 3 sdb sos hoisin 
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap cair
  • 1 sdb kicap pekat
  • 1 sdb tepung jagung – bancuh dengan 1/2 cawan air

Cara memasak:

1. Perap ayam kira-kira 2 atau 3 jam sebelum waktu makan di dalam peti sejuk.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak masak, bila sudah panas, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan juga cili kering. Goreng separuh masak.

3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan menumis dan gaul hingga sebati.

4. Bila dah naik bau, masukkan pula bahan-bahan sos tadi.

5. Gaulkan semua bahan biar sebati. Pastikan semuanya rasa seimbang dan pastikan ayam betul-betul masak.

6. Tutup kuali supaya ayam menjadi lebih cepat masak. Jika nak kuah, boleh masukkan lagi sedikit air.

7. Siap untuk dihidang.


Resipi ayam kung pao kacang gajus ini memang ringkas untuk dibuat, tinggal campak sahaja dalam kuali. Sesuai untuk korang yang nak jimat masa untuk memasak.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN