Menu ayam goreng kunyit berempah ini semestinya digemari ramai. Resipinya sangat mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Bukan sahaja anak-anak, orang dewasa juga turut menggemarinya.
Isi ayam digaul dengan aneka rempah ratus dan digoreng garing, pastinya sangat menyelerakan! Digandingkan pula dengan nasi panas, telur, kicap dan cili potong lagi membangkitkan selera.
Nak cuba? Jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah.
Baca juga: Tukang Masak Kongsi Tip Ayam Goreng Kunyit Rangup, Isi Juicy & Berkilat!
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 mangkuk isi ayam dihiris kecil
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu besar serbuk kari ikan
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar rempah campur (ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji sawi)
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 tangkai daun kari
- Garam
- Serbuk perasa
- Air secukupnya (letak sedikit-sedikit supaya pes tak terlalu cair)
- Sayur: kacang panjang, bunga kubis dan bawang holland (semua dihiris)
Langkah-langkah memasak:
1. Satukan semua bahan dan sebatikan.
2. Goreng ayam seperti biasa. Agak-agak ayam dah hampir masak, keluarkan lebihan minyak goreng.
3. Kemudian, masukkan semua sayur dan goreng sehingga layu.
4. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!