Ayam Goreng Hatyai ini memang viral sungguh dekat media sosial nih. Min pun terliur rasanya bila tengok gambar di atas.
Nak pula bila dapat meratah macam tu, memang terbuai-buai dibuatnya. Apa yang membezakan ayam goreng ini dengan yang lain?
Ramai yang menggemari ayam goreng Hatyai ini kerana teksturnya yang garing di luar dan juicy di dalam. Perapannya pun ringkas dan bukan ‘beshe-beshe’ tau!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Vietnam, Bila Makan Pasti Susah Nak ‘Stop’
Resipi ini menggunakan rempah perapan Hatyai yang tengah meletup-letup jualannya di Shopee. Tapi berbaloi beli sebab hanya guna 4 bahan sahaja bila guna rempah ini.
RESIPI AYAM GORENG HATYAI
Untuk resipi ini, sesuai dibuat untuk anak-anak yang suka makan ayam di rumah.
Bahan-bahan:
1kg ketul ayam
1 paket rempah ayam goreng hatyai
1-5 ulas bawang putih
100ml air
Cara membuatnya:
1. Campurkan rempah dengan dengan sekata
2. Gunakan ayam 1kg
3. Perap dalam peti sejuk selama 2 hingga 4 jam
4. Goreng deep fry dengan suhu medium. Ketepikan.
5. Goreng boleh bawang putih hingga rangup. Kemudian taburkan di atas ayam goreng. Siap!
Apa lagi, jom cuba resipi ayam goreng ni untuk hidangan sekeluarga. Cara penyediaan tak susah pun sebenarnya, tapi kalau dah makan sekali mesti buatkan kita tak boleh lupa rasanya.
Kalau kena dengan tekak, nanti bolehlah cuba hidangkan dengan nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi lemak dan sebagainya. Mana tau lagi padu rasa dia. Jangan lupa mencubanya!