Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Bawang Merah Ini Memang Menggoda, Bau Pun Dah Buat Terliur!

Ayam goreng adalah satu lauk yang sentiasa ada dalam hati rakyat Malaysia. Tapi pernah tak rasa bosan dengan ayam goreng biasa? Sebenarnya, resepi ayam goreng bawang merah ini boleh ubah segalanya!

Dengan hanya satu bahan ringkas, lauk ringkas ini terus jadi luar biasa. Aroma dan rasa bawang merah yang digoreng bersama ayam memang buatkan selera membuak-buak. Belum makan pun, air liur dah menitik-nitik!

Bau bawang merah masa tengah digoreng itu memang menggoda, silap-silap jiran sebelah pun tertanya-tanya apa yang dimasak!

Jika ada yang ingin mencuba, jom cuba resepi penuh di bawah ini untuk ketahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Sambal Kering Tongkeng Ayam ‘Padu’, Nikmatnya Sampai Orang Cuit Pun Tak Sedar!

RESEPI AYAM GORENG BAWANG MERAH

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong sederhana)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Bawang merah (dihiris halus)

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa.
  3. Apabila ayam hampir masak, masukkan bawang merah yang telah dihiris.
  4. Teruskan menggoreng sehingga ayam masak sepenuhnya dan bawang menjadi garing serta keemasan.
  5. Siap! Hidang panas-panas dengan nasi putih dan sambal belacan, confirm makan bertambah!

Sumber resipi dan gambar: Nana Ismail

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Confirm Sedap Menjilat Jari!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago