Categories: Resipi

Nasi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus, Sambal Pedas Campur Kacang Memang ‘Berapi’ Bila Makan!

Kalau teringin ayam gepuk pak gembus yang pedas, garing dan cukup menyelerakan, resipi ini memang boleh dicuba di rumah. Nasi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus ini dilengkapkan dengan ayam yang digoreng garing serta sambal cili yang dicampur kacang tanah.

Resipi perkongsian Dila Noordin ini menarik kerana sambalnya bukan sekadar pedas, tetapi mempunyai rasa manis dan lemak daripada kacang tanah. Ayam pula diperap dengan campuran rempah sebelum direbus dan digoreng, kemudian dihidangkan bersama tempe, tauhu serta ulam.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade, Ayam Panggang Juicy Dengan Nasi Wangi & Sos Cili Segar!

RESIPI NASI AYAM GEPUK ALA PAK GEMBUS

Bahan-bahan ayam:

  • 1 ekor ayam, dipotong 4
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan-bahan sambal:

  • 7-15 biji cili padi hijau dan merah
  • 2 biji cili merah besar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perahan limau kasturi
  • Kacang tanah secukupnya
  • 2 sudu kecil gula

Bahan pelengkap:

  • Tempe
  • Tauhu
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit tepung jagung
  • Kacang panjang
  • Kubis

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih dan bawang besar sehingga halus.

2. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula. Gaulkan bahan kisar bersama ayam sehingga sebati.

3. Rebus ayam sehingga separuh masak. Jika ada masa, simpan ayam yang sudah direbus semalaman supaya bahan perapan lebih meresap dan rasanya lebih sedap.

4. Jika mahu masak dengan lebih cepat, rebus ayam sehingga masak sepenuhnya.

5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga bahagian luarnya garing. Oleh sebab ayam sudah masak, tidak perlu menggoreng terlalu lama.

6. Untuk membuat sambal, goreng cili padi hijau, cili padi merah dan cili merah besar sehingga layu.

7. Tumbuk atau kisar cili yang sudah digoreng. Masukkan garam, gula dan perahan limau kasturi. Sesuaikan rasa mengikut tahap kepedasan yang disukai.

8. Goreng kacang tanah sehingga garing, kemudian kisar bersama 2 sudu kecil gula.

9. Campurkan kacang tanah kisar ke dalam sambal dan gaul sehingga sebati. Kacang tanah juga boleh diletakkan berasingan di atas ayam jika suka.

10. Untuk menyediakan tempe dan tauhu, potong mengikut saiz yang diingini. Gunakan sedikit air perapan ayam dan campurkan dengan tepung gandum serta tepung jagung.

11. Gaulkan tempe dan tauhu dengan bancuhan tersebut, kemudian goreng sehingga garing.

12. Potong kacang panjang dan kobis untuk dijadikan ulam.

13. Hidangkan ayam yang masih panas bersama sambal kacang, tempe, tauhu dan ulam.

Sambal pedas yang bercampur kacang tanah ini memang menjadi tarikan utama hidangan. Bila dimakan bersama ayam yang garing dan nasi panas, lengkap pula dengan tempe, tauhu serta ulam, memang cukup menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Dila Noordin

Baca juga: Nasi Ayam Paling Sedap Ala Mama Neelofa, Ini Resipi Lengkap Bersama Sup Pekat & Sambal Power

Aimi

Recent Posts

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

50 mins ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

2 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

2 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

2 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

3 hours ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

3 hours ago