PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-12 18:20:15

Bagi peminat makanan yang pedas, pasti menu Ayam geprek dari Jogjakarta, Indonesia ini menjadi antara menu kegemaran. Apa yang membuatkan Ayam geprek ini istimewa adalah sambal pedasnya yang sememangnya nikmat dan menyengat! Sekiranya anda ingin mencuba membuat menu ini di rumah, ini ada beberapa cara yang anda boleh ikuti. Ramuan sambalnya juga tidak perlu dimasak dan hanya perlu di ‘geprek’ (lenyek) dengan minyak panas.  Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Juwita Afifah menerusi laman Facebooknya. 
 
Bahan-bahan: 

  • Cili padi 

  • Cili besar (dicincang kasar) 

  • Bawang putih 

  • Kacang gajus 

  • Minyak panas bekas goreng ayam 

 

Cara-cara: 

  1. Letakkan cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung batu. 


    Kredit: Juwita Afifah

  1. Tumbuk semua bahan tersebut sehingga lumat. Kemudian, masukkan cili besar. 

  1. Masukkan pula sedikit minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan minyak panas yang betul-betul baru selepas menggoreng supaya sambal tersebut masak sedikit. 


    Kredit: Juwita Afifah

  1. Selepas meletakkan minyak, bunyi desir-desir pada sambal akan kedengaran menandakan sambal sudah agak masak. Gaulkan sehingga rata. 


    Kredit: Juwita Afifah

  1. Kemudian, masukkan ayam celup tepung yang sudah digoreng. 


    Kredit: Juwita Afifah

  1. ‘Geprek’-kan ayam bersama sambal yang telah disediakan tadi. Gaulkan sehingga sebati. 


    Kredit: Juwita Afifah

Siap! Hidangkan bersama nasi putih bersama tauhu dan tempe. Sesuai untuk dimakan panas-panas. Memang fuhh, terbaik! 


Kredit: Juwita Afifah


Kredit: Juwita Afifah


Kredit: Juwita Afifah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN