Kalau sedang mencari ayam buttermilk resepi yang mudah dan sesuai untuk yang baru nak belajar memasak, boleh cuba resipi ini. Bahan-bahannya pun ringkas dan mudah didapati, manakala cara memasaknya tidak terlalu rumit.
Ayam dipotong kecil, kemudian digaul bersama telur, tepung dan serbuk kari sebelum digoreng sehingga garing. Selepas itu, ayam dicampurkan pula dengan kuah buttermilk yang lemak dan berkrim.
Gabungan ayam rangup dengan kuah yang berlemak, sedikit manis dan pedas daripada cili padi memang buat makan bertambah. Paling penting, resipi ini sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam bersama nasi putih panas.
Baca juga: Ayam Masak Merah Utara Stail Kenduri, Kuah Pekat Berlemak Buat Nasi Minyak Makin Sedap
AYAM BUTTERMILK RESEPI MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan:
- Ayam bahagian isi secukupnya
- ½ tin susu cair
- ½ biji bawang besar atau bawang Holland
- 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi (dihiris)
- 3 sudu besar mentega
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan untuk salut ayam:
- Ayam yang telah dipotong kecil
- Sedikit garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar serbuk kari
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Potong isi ayam kepada saiz kecil, kemudian bersihkan dan toskan airnya.
- Masukkan telur dan sedikit garam ke dalam ayam. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan serbuk kari. Tambahkan sedikit air dan gaul sehingga semua bahagian ayam bersalut dengan bancuhan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak dan keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan kuah buttermilk, panaskan mentega dalam kuali sehingga cair.
- Masukkan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari. Tumis sehingga naik bau dan bawang sedikit layu.
- Tuangkan susu cair dan kacau sebati.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
- Masak dengan api sederhana sehingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati dengan kuah.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Sumber: Dila Sha’ari’s
Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

