ayam butter

Ayam Butter, atau juga dikenali sebagai “Murgh Makhani” dalam bahasa Hindi, adalah sejenis hidangan ayam yang popular dalam masakan India.

Baca juga: Nasi Goreng Butter Salmon, SEDAP Rasa BerLemak Dan Pedas-pedas Manja

Ia mempunyai rasa kaya dengan campuran rempah dan sos krim lemak. Berikut adalah cara langkah demi langkah untuk membuat butter chicken menerusi perkongsian Cik Puan Siti Hazneza Abdul Hamid.


RESIPI AYAM BUTTER MASAKAN INDIA

Banyak restoran India pasti menghidangkan Butter Chicken (ayam mentega). Dulu saya bayangkan Butter Chicken ni macam udang goreng mentega yang ada repui-repui emas tu. Rupa-rupanya lain sekali.

Jika tidak mahu Butter Chicken merah, boleh ganti dengan cili muda (hijau) dan cili padi hijau. Sedap juga. Jika buat untuk kanak-kanak, boleh abaikan terus cili jadi rasanya hanya berempah tetapi tidak pedas (spicy not hot).

ayam butter

Bahan perapan ayam:

  • ½ ekor ayam – potong comel
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan halia – bawang mesin
  • 1 sudu kecil garam

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar – dadu
  • 1 biji tomato – dadu
  • 5 – 10 biji gajus
  • 2 sudu teh biji jintan putih
  • 4 sudu makan halia-bawang mesin
  • 1 sudu makan serbuk cili 
  • 3 – 5 tangkai cili padi hijau 
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar

*Tumis dahulu, baru kisar ke semua bahan ini

Bahan butter:

  • 2 sudu butter
  • 4 sudu makan puri tomato
  • ½ cawan santan/krim
  • 1 sudu teh garam masala
  • 2 sudu teh daun halba (kasoori methi) 

Cara-cara memasak:

1. Gaulkan ke semua bahan perap ayam sebati dan goreng sehingga ¾ masak.

2. Ayam yang sudah digoreng ¾ masak, rehatkan sekejap. Keluarkan lebihan minyak untuk menumis bahan kisar pula.

3. Dalam kuali yang sama, tumiskan pula bahan-bahan kisar. Boleh guna minyak gorengan ayam.

4. Masak bahan untuk dikisar sehingga garing. Kacau supaya tidak hangit. Rempah yang ditumis kering membebaskan rasa yang berbeza daripada rempah yang ditumis selepas digaul dengan air.

5. Kacau-kacau supaya rempah yang melekat akan sebati dengan air. Apabila sudah masak, masukkan dalam blender dan kisar halus.

6. Dalam periuk lain, panaskan 2 sudu makan butter dan masukkan bahan kisar tadi. Masukkan ayam yang digoreng ¾ masak tadi. Semasa direhatkan, ada jus ayam yang akan keluar, tuang sekali ke dalam periuk.

7. Tambah 4 sudu makan tomato puree/ sos tomato. Masukkan ½ cawan santan/ krim. Jika santan/krim suhu bilik, biar ayam masak dahulu sebelum ditambah santan/krim. Renehkan sehingga masak.

8. Apabila santan/krim sudah sebati dan warna kuah jadi matang dan cantik, tambah garam masala dan daun halba. Cara hendak masukkan daun halba, geselkan antara dua tapak tangan sambil dijatuhkan ke dalam periuk. Geselan pada tangan kita akan membebaskan rasa dan baunya sambil menjadikan daun kering halus.

9. Siap dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

ayam butter


Sedap dicecah dengan roti Benggali atau capati. Jika rajin, bakar sedikit roti. Boleh juga dicecah dengan tortila/ wrap (roti belebat) yang siap dijual. Selamat mencuba.

Baca juga: Ayam Panggang Rosemary, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter & Mash Potato Gravy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN