ayam bakar thai

Siapa pernah cuba resipi viral Khairul Aming iaitu Ayam Bakar Thai ini? Memang sedap tau cicah dengan sos pedas. Bertambah-tambah dibuatnya.

Sama dengan resepi ayam bakar yang lain, ayam bakar Khairulaming juga perlu diperap dengan beberapa bahan perapan. Dibiarkan seketika supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam. Ada juga yang perap ayam ni semalaman.

Lagi sedap dan terasa tau!

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!

Ayam bakar ni korang boleh masak guna arang. Tapi, zaman dah makin modern. Orang buat cara mudah, bakar guna air fryer atau oven je. Nak bakar atas kuali non-stick pun boleh.

Ikut kesenangan dan peralatan yang ada di rumah. Tapi, kalau nak bakar tepi pantai, kena juga lah guna arang kan.

Resepi ayam bakar Thai ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Izz Aishah. Boleh kecur liur tengok sos pedas Thai nya. Cara penyediaannya pun mudah.

Korang yang suka makan ayam bakar wajib cuba resepi ni. Confirm nak lagi!

Resipi Ayam Bakar Thai Ala Khairul Aming

Bahan perapan ayam:

  • Ayam
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pedas Mahsuri
  • Sedikit garam
  • Setengah cawan minyak masak

Bahan sos pedas Thai:

  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah pedas
  • 3 biji limau nipis (diperah)
  • 2 sudu kicap ikan
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 atau 4 sudu gula
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris nipis)

Cara membakar ayam:

1. Gaulkan kesemua bahan di atas dengan ayam dan perap minimum 30 minit.

2. Kemudian, bakar ayam ke dalam air fryer atau oven. Nak masak atas kuali non-stick pun boleh. Bakar sehingga betul-betul masak.

Cara membuat sos pedas Thai:

1. Tumbuk atau blend kasar bawang putih dan cili merah.

2. Kemudian, masukkan kicap ikan, sos tiram, gula, air perahan limau nipis dan gaul bersama dengan daun ketumbar. Kacau sampai semua bahan sebati.

3. Akhir sekali, tuang je atas ayam yang dah siap dibakar tadi siap!


Dah siap. Bakar kat kuali non stick pun boleh tau! Takde masalah. Ayam bakar masak elok dan sedap.

Dicurah pula dengan sos pedas Thai. Yang masam dan pedas. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN