asam pedas daging

Nak masak Asam Pedas Daging ini memang kena ada skill barulah masakan akan jadi lebih sedap. Selain ada kemahiran memasak, kena tahu pula petua menjadikan masakan itu lebih sedap.

Melalui perkongsian puan, Mizah Ngatiman berkongsi petua daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cara menjadikan masakan bertumis menjadi lebih sedap.

Baca juga: Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Kalau Tak Cuba Buat!

Wanita ini menggunakan petua ini sebagai panduan untuk memasak masakan asam pedas daging campur tetel. Ikuti Perkongsiannya. 


ASAM PEDAS DAGING TETEL IKUT PETUA RAJA PERMAISURI AGONG

asam pedas daging

Foto: Istana Negara

Kata Dato’ Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau, Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, masakan bertumis ini sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.

Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.

Jadi hari ni Lz cuba teknik itu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel itu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato’ pakai tu kan

Kuah asam pedas macam ini kan, marvelous kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai, nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.

Lz kongsikan langkah demi langkah di bawah.

asam pedas daging

Bahan bahan:

  • 1 bekas Isi daging dan tetel
  • 20 tangkai lada kering – rebus
  • 2sb biji ketumbar *kisar
  • 5 ulas bawang putih *kisar
  • 1 biji bawang besar *kisar
  • 2 inci halia *kisar
  • 2 inci lengkuas *kisar
  • 1 inci kunyit hidup *kisar
  • 1 batang serai-diketuk
  • 2sb asam jawa – jadikan pes

Bahan penyedap rasa:

  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Daun limau purut

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.

3. Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.

4. Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.

5. Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.

6. Siap dah asam pedas kita.

asam pedas daging


Selamat mencuba buat asam pedas daging ikut petua dari Raja Permaisuri Agong kita.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Menu ‘Favourite’ Agong & Raja Permaisuri, Tukang Masak Istana Dedah Rahsia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN