apple crumble

Petang-petang ini, memang sedap menikmati Apple Crumble sambil melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Rasanya macam vanila cookies.

Sesuai sangat dijadikan sebagai dessert. Yang tak pernah cuba buat apple crumble ini, anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Ikuti saja resipinya di sini. 

Baca juga: Kek Batik, Dessert Kegemaran Mendiang Ratu Elizabeth II dan Keluarga Diraja British

Anda harus menikmati pencuci mulut yang memang ‘fresh from the oven’ lalu dihidangkan pula bersama aiskrim vanila sejuk. Ngam betul!

Jika anda tidak menggemari buah epal, anda boleh menghasilkan resipi ini dengan apa-apa jenis buah kegemaran anda seperti pisang, beri-beri dan apa-apa saja.


RESIPI APPLE CRUMBLE CARA MUDAH

apple crumble

Bahan-bahan:

  • Garam 1 tsp
  • 110g Butter
  • 110g gula castor
  • 110g tepung gandum
  • 4 biji epal hijau 
  • 110g gula (untuk buat crumble)
  • 700ml (untuk buat inti)
  • 1/2 tsp cinnamon powder

Cara buat inti:

1. Pertama sekali, kupas kulit epal hijau.

2. Kemudian potong-potong dadu.

3. Selepas itu, masukkan air 700ml bersama gula dan juga cinnamon powder.

4.Kacau-kacau sehingga inti menjadi pekat coklat. Siap!

Cara buat crumble: 

1. Satukan butter yang tengah sejuk, gula, tepung dan garam.

2. Gaul-gaul kesemuanya menjadi seperti serbuk.

3. Kemudian boleh tabur crumble di atas inti yang kita masak tadi.

4. Bakar suhu 180 selama 30 minit. Sehingga keperangan crumble tu. Siap dah.

5. Sedap dinikmati bersama aiskrim vanilla sebagai topping.


Selamat mencuba.

Sumber: Nor Atika Nazirah

Baca juga: Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN