Jika anda mempunyai banyak masa lapang di rumah, boleh hilangkan bosan dengan belajar buat Apam Nasi sukatan cawan ala paddle pop ini.
Orang dulu-dulu sering berjimat dalam menggunakan segala bahan yang ada di rumah, sampaikan lebihan nasi sejuk pun mereka gunakan untuk buat Apam Nasi yang sedap.
Apam Nasi adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung beras. Bagi menambahkan lebih aroma, ada yang gunakan santan dan rempah ratus seperti daun pandan ketika membuatnya.
Kami tertarik untuk kongsikan resipi Apam Nasi sukatan cawan ala paddle pop oleh Aishah Ismail di Facebook ini. Bukan setakat cantik, malah gebunya tak masuk akal. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!
RESIPI APAM NASI SUKATAN CAWAN ALA PADDLE POP
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1½ cawan gula
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 cawan air
- 1 paket mauripan
Cara-cara:
1. Mula-mula, satukan tepung gandum, tepung beras, mauripan, gula pasir dan nasi sejuk.
2. Selepas itu, blend semuanya dengan 2 cawan air, campurkan sekali kacau macam kita buat cekodok. Jika pekat, boleh tambah ½ cawan air lagi.
3. Seterusnya, bahagikan untuk letak pewarna dan perap lebih kurang 40 minit. Tuang ke dalam loyang (saya guna 9×9, oleskan minyak terlebih dahulu, tuang bancuhan berselang seli).
4. Akhir sekali, kukus selama 1 jam. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!
Apam Nasi sukatan cawan lebih mudah dibuat dan hasilnya terjamin menjadi. Lebih-lebih lagi, anda boleh buat dalam bentuk seperti paddle pop yang berwarna-warni.
Anda boleh tambahkan kelazatan Apam Nasi ini dengan memakannya bersama kelapa parut yang digaul garam dan dikukus sebentar supaya tahan lebih lama.
Selain itu, anda juga boleh sediakan kopi atau teh O ketika menikmatinya ini bersama keluarga tersayang pada waktu sarapan atau minum petang di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Aishah Ismail
Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Secara Kukus, Hasil Lebih Cantik Dan Gebu