apam balik

Siapa je yang tak suka makan apam balik kan? Kalau kat pasar malam tu, kuih apam balik ni lah antara kuih yang paling ramai orang beli.

So, apa kata hari ni kita buat apam balik gebu ala pasar malam di rumah. Confirm nak lagi dibuatnya!

Kuih ni sedap di makan panas-panas plus ada extra inti kacang dan jagung di dalamnya. Kekadang ada juga peniaga yang kedekut sikit nak letak ini.

Baca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap

Kalau buat sendiri kat rumah mesti lagi puas hati nak makan nanti kan. Nak letak banyak mana inti pun boleh.

Apam balik sekarang ni dah ada macam-macam perisa. Ada yang letak coklat, cheese dan macam-macam perisa lagi didalamnya.

Rupanya takde acuan pun korang boleh buat ye. Guna je kuali non stick yang ada kat dapur korang tu. Confirm menjadi.

Nak lebih detail, korang follow resepi yang di kongsikan oleh Roslan Rusly ni. Memang sedap ala-ala pasar malam.

Resipi Apam Balik Gebu Ala Pasar Malam


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Garam
Gula
Kacang
Sweet Corn
Marjerin
Pewarna Kuning
Air
Esen Vanila

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Adunan ni boleh dapat dalam 4 keping apam balik saiz kecil.

2. Masukkan air dan kacau adunan. Lepastu masukkan mentega dan telur. Adunan jangan cair sangat. Pukul adunan biar sebati.

3. Masukkan beberapa titik pewarna kuning telur. Sikit je ye nak bagi comel sikit warnanya. Masukkan juga esen vanilla.

4. Pukul sampai adunan jadi gebu macam ni. Tak cair tak pekat.Sambil tu masukkan garam biar rasa lemak-lemak sikit.

5. Dah siap pukul adunan, masa untuk membuat apam balik. Boleh guna kuali leper.

6. Panaskan kuali, ratakan mentega, kecilkan api dan letak adunan tepung tadi. Lepas letakkan adunan atas kuali terus taburkan dulu gula.

7. Bila adunan dah nampak masak, taburkan kacang, jagung, mentega. Kalau nak letak choc chop ke, choc rice ke, choc cair ke, iutkan selera masing-masing.

8. Settle semua, lipat apam balik macam ni. Siap! Selamat menjamu selera.


Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN