apam bakar kelantan

Kalau sebut tentang kuih tradisional, apam bakar Kelantan memang antara yang popular dan sentiasa jadi pilihan. Kuih ini terkenal dengan rasa lemak manisnya, tekstur yang lembut serta aroma wangi bila dimakan bersama kelapa parut.

Istimewanya apam bakar ini, ia bukan sekadar kuih biasa tetapi ada sentuhan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan cara membuatnya tidaklah rumit.

Resipi ini sesuai dijadikan menu sarapan, minum petang atau untuk hidangan keluarga. Lagi sedap kalau dimakan panas-panas sambil cicah dengan kelapa parut yang digaul bersama secubit garam.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

RESEPI KUIH APAM BAKAR KELANTAN

apam bakar kelantan

Bahan-bahan:

  • 300 g tepung beras
  • 130 g gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • 2 sudu kecil yis
  • 4–5 biji pisang mas/berangan
  • 4 ketul tapai ubi

Bahan kisar (*):

  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 200 ml air

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) dan tapis. Pastikan dapat semula 200 ml air tapisannya.
  2. Lenyek pisang dan tapai ubi bersama garam serta gula hingga hancur.
  3. Masukkan tepung beras dan santan.
  4. Bancuh yis dengan air tapisan tadi, kemudian masukkan ke dalam adunan. Kacau rata hingga sebati.
  5. Perap adunan selama 2 jam.
  6. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak. Tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali.
  7. Bila bahagian bawah sudah masak, balikkan untuk masak sebelah atas.
  8. Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul bersama secubit garam.

Sumber: Zaimah Zakaria

Baca juga: Resipi Cucur Kucai Udang Geragau Yang Buat Orang Berebut, Guna Bahan Sempoi Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN