Categories: Resipi

Aneka Resipi Ayam Tanpa Minyak, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet

Lauk berasaskan ayam semestinya amat digemari ramai. Banyak aneka resipi ayam yang ringkas dan masak tanpa mengunakan minyak yang amat digemari oleh ibu-ibu.

Maklumlah, tidak perlu lama-lama di dapur. Aneka resipi ayam ini memang sesuai dinikmati ketika sedang menjalani diet. 

Menu tanpa menggunakan minyak ini memang mudah untuk disediakan malah mengenyangkan dalam jangka masa yang panjang.

Baca juga: Tip Lembutkan Ayam Pencen (Ayam Kampung), Masukkan INI Masa Rebus

Khas buat anda, MyResipi kongsikan 3 resipi ayam tanpa minyak yang sedap dan ringkas yang anda boleh cuba setiap hari. Sedap, berkhasiat dan yang paling penting tetap sedap tanpa perlu susah hati jika nak berdiet.

ANEKA RESIPI AYAM TANPA MINYAK

1. AYAM SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan:

Cara memasak: 

  1. Rebus cili kering hingga cili lembut.
  2. Kisar cili kering, halia, bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan ayam dalam kuali.
  4. Matikan air ayam dulu bagi kering. Kemudian, masukkan serai dan bahan kisar.
  5. Masukkan sedikit air hingga paras ayam. Rebus sehingga separuh kering.
  6. Masukkan asam keping dan perasakan. Rebus hingga kering dan tabur hirisan bawang merah dan daun bawang

2. AYAM REBUS SPICY

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Air untum merebus
  • Serbuk oregano
  • Chili flakes
  • Mushroom seasoning
  • Garlic powder/bawang putih cincang

Cara memasak: 

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Rebus sehingga air kering dan ayam terbit minyak.
  2. Lebihan rencah dari rebusan itu, anda boleh jadikkan dipping sauce.
  3. Hanya masukkan greek yogurt dan gaul rata bersama rencah-rencah tersebut.
  4. Sedia dicicah bersama ayam tadi.

3. AYAM KUKUS SOS THAI

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • Pes bawang putih dan halia
  • Garam/mushroom seasoning
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Akar daun ketumbar
  • Sos cili
  • Thai palm sugar
  • Sos ikan
  • Air perahan limau kasturi*
  • Daun ketumbar*

Cara-cara memasak:

  1. Perap ayam dengan pes bawang putih dan halia selama 30 minit.
  2. Kemudian, kukus sehingga masak.
  3. Tumbuk semua bahan kecuali bertanda *.
  4. Kemudian, campur dengan bahan bertanda * dan curahkan di atas ayam yang sudah diap dikukus. Sedia dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Baya Dahalan

Baca juga: 5 Cara BETUL Cairkan Ayam Frozen Sebelum Memasak, Elak Bakteria Membiak

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago