Umum sudah tahu, banyak khasiat yang boleh kita perolehi daripada tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang elok untuk tubuh badan manusia.
Tidak salah jika kita mahu menggunakan cara tradisional dan petua orang lama untuk merawat kesihatan diri selagi mana ia tidak memudaratkan badan.
Seorang wanita bernama Rosmah Rasidi berkongsikan petua air rebusan untuk membuatkan badan rasa lebih ringan. Menurutnya lagi, air rebusan ini juga mampu mengurangkan bacaan diabetes.
Jom sama-sama baca perkongsian olehnya di bawah:
Malam ni saya nak share petua untuk..
Ringankan badan, kurangkan bacaan diabetis, pulihkan barah usus.
Dengan hanya minum air rebusan daun durian Belanda…Petua ni saya dapat dari seorang cikgu bila saya jumpa beliau semasa saya buat cod barang niaga saya..
Alhamdulillah saya minum, bila bangun pagi badan memang rasa ringan…angin keluar berdesup…
Suami saya pulak mengidap diabetis, tapak kaki selalu kebas, saya rebus dan suami amalkan, Alhamdulillah sekarang kaki dh x kebas..
Mak sedara saya mengidap barah usus, dah operate tpi masih ada sel barah tu.. Cuma amalkan air rebusan ni saja beliau sembuh.
Alhamdulillah Tapi semua tu dengan izin Allah, kita di suruh berusaha. Cara nya ada pada gambar ya, moga dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.
Ambil daun belanda dalam jumlah yang ganjil contoh yang saya buat tu 33 helai.
Bersihkan sambil ramaskan daun itu dan masukkan 2 jug air. Saya guna saiz 2.2 liter.
Rebus sampai air tinggal separuh sahaja, boleh tengok garisan tu masa mula-mula rebus hingga kering banyak mana.
Ni air yang dah siap rebus.
Saya minum satu gelas tu sehari minum 2 atau 3 kali.
Kredit: Rosmah Rasidi