Categories: Infomasi

5 Alat Moden Ini WAJIB Ada Di Dapur Ibu, Kerja Masak Jadi Lebih Mudah!

Tak dinafikan seorang ibu akan habiskan banyak masa di dapur. Setiap ibu mesti nak seisi keluarga nikmati hidangan air tangannya sendiri. Paling senang kalau ada alat dapur mudah.

Tugas seorang ibu di rumah takkan pernah habis. Walaupun anda seorang suri rumah atau bekerjaya sekalipun, anda mesti bijak untuk membahagikan masa dengan sebaiknya.

Tapi tugas anda di dapur akan menjadi lebih mudah dengan bantuan alat-alat dapur moden ini. Senang buat kerja!

Baca juga: Thermo Pot Ada Kesan Kuning? Ini Cara Hilangkan Guna SATU Bahan Je

ALAT DAPUR MUDAH YANG MEMBANTU TUGAS IBU

1. Air Fryer

Fungsi air fryer yang menggoreng tanpa minyak ini sangat memudahkan pelbagai masakan secara sihat. Anda hanya perlu masukkan semua bahan ke dalamnya dan boleh fokus kepada tugasan lain.

2. Pressure Cooker

Pressure cooker ini sangat membantu dalam menyediakan hidangan daging lembu atau ayam. Anda boleh masak stew atau sup dengannya.

Alat ini menggunakan pemanasan haba mampat yang mengalirkan suhu haba secara sekata menghasilkan renehan sup atau stew yang enak dan cukup perasa.

3. Penapis Air

Sekarang boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai penapis air. Bukan setakat air ditapis, alat ini juga mempunyai penetapan suhu. Nak air panas, sejuk, biasa atau berais? Semua ada.

4. Microwave

Sesetengah ibu terutama yang bekerjaya lebih memilih untuk memasak secara banyak dan menyimpan makan tersebut secara sejuk beku. Cara paling senang untuk panaskan lauk adalah menggunakan microwave.

Dengan menggunakan bekas yang mesra ketuhar, dari peti sejuk boleh terus masuk dalam microwave. Tetapkan masa untuk beberapa minit, angkat dan terus makan!

5. Papan Pemotong 3-Dalam-1

Sesuai dengan namanya 3 dalam 1, papan pemotong 3-dalam-1 mempunyai aliran built-in berserta pemegang yang diperbuat daripada silikon berkualiti.

Anda boleh memotong bahan masakan, kemudian basuh dan seterusnya menapis atau mengeringkannya menggunakan papan pemotong yang sama. Tak payah pakai banyak-banyak lepas ni.

Ibu-ibu semua boleh tarik nafas lega kalau ada semua alat dapur mudah ini di rumah. Tugas seharian jadi lebih mudah. Dah tak pening kepala lagi.

Sumber: CARI

Baca juga: Tips Penting Untuk Pengguna Air Fryer, Supaya Tahan Lama & Menjamin Keselamatan!

Aimi

Recent Posts

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

3 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

5 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

6 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

13 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

13 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

6 days ago