Categories: Resipi

Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Lain Macam!

Dalam banyak-banyak aiskrim Malaysia, ada perisa lain dari yang lain iaitu Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite. Jarang sekali kita mendengar adanya perisa sebegini.

Aiskrim Malaysia ini mempunyai nilai sentimental tersendiri. Ingat lagi dulu-dulu, setelah pulang dari sekolah, kita akan singgah ke kedai runcit berdekatan untuk membelinya.

Baca juga: Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang, Boleh Buat Aktiviti Bersama Anak-anak

Sebelum ini kita hanya menjumpai aiskrim Malaysia dengan hanya satu perisa seperti jagung, asam boi, durian, keladi, coklat dan banyak lagi.

Sekarang semakin ramai yang kreatif sehingga terciptanya pelbagai variasi aiskrim Malaysia dengan perisa unik dan menarik.

Che Marlyah Ina Saad juga tak ketinggalan untuk berkongsikan resipinya yang menarik di Facebook. Ramai yang teringin untuk merasa aiskrim dengan perisa unik ini.

Resipi Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite

Bahan-Bahan:

  • 1 tin susu cair*
  • 1 tin susu pekat manis*
  • 4 tin air*
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 5 sudu besar tepung ubi rata (Dibancuh dengan air dahulu)
  • Pewarna makanan (biru)
  • Gula-gula dynamite secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam periuk dan kacau bagi sebati.

2. Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.

3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.

4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.

5. Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih sekejap.

6. Tutup api, sejukkan dan tapis ke dalam jug.

7. Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.

8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Lihatlah warna Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite yang cantik kebiruan ini. Ia sememangnya nampak lemak dan menyegarkan.

Seharian berada di luar dengan keadaan cuaca yang sungguh panas pasti memenatkan badan. Paling nikmat jika dapat makan aiskrim Malaysia ini ketika tekak betul-betul dahaga.

Jangan lupa untuk ajak keluarga dan kawan-kawan menikmatinya sekali. Selamat mencuba!

Sumber: Che Marlyah Ina Saad

Baca juga: Sedap Rupanya Aiskrim Malaysia ‘Filling’ Cheese Ni, Lain Dari Lain!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago