Mari cuba buat Aiskrim Coconut Shake di rumah. Anak-anak tentu suka dapat menikmatinya sejuk-sejuk. Jika selalu coconut shake kita nikmati dalam bentuk minuman, rupanya ia jugak boleh dijadikan perisa bagi aiskrim Malaysia.
Rasanya yang sedap lemak manis, terasa gigitan isi kelapa yang dikisar malah cukup lembut dan gebu. Mak-mak yang nak cuba buat sendiri perisa aiskrim coconut shake ini di rumah.
Baca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!
Nak dibuat niaga untuk pendapatan sampingan pun tiada masalah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nana Rena ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
1. Asingkan isi kelapa. Isi kelapanya jangan ambil yang terlalu muda, kalau rajin buangkan yang coklat-coklat itu. Tak rajin hentam sajalah, basuh bersih dan toskan.
2. Isi tadi tak perlu kisar. Bila tergigit isi baru rasa, memang nikmat sangat. Kalau guna gigi palsu, fikir lah sendiri.
3. Campurkan air kelapa, air, susu cair, susu pekat, garam, gula, dan tepung jagung gaul dulu. Masak atas api, pastikan periuk yang anda gunakan suci murni dari segala bau. Kalau guna periuk kuah laksa, kau rasakan sendiri coconut laksa. Masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Pastikan kacau selalu, tidak hangit bahagian bawah.
5. Sejukkan bolehlah di packing ikut kerajinan anda. Kalau nak lagi gebu, sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan, mixer sampai gebu gebas.
Selamat mencuba resipi aiskrim malaysia perisa kelapa shake ini.
Sumber: Nana Rena
Baca juga: Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum, Sedap Macam Beli Kedai
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…