Tipu kalau ada yang kata tak gemar makan aiskrim. Lebih-lebih lagi kalau aiskrim yang berperisa mewah seperti cheese indulgence.
Menu yang sangat sesuai dijadikan pencuci mulut terutama sekali pada rumah terbuka, pasti akan jadi tumpuan utama tetamu yang hadir.
Boleh sahaja beli di luar tetapi harganya sudah tentu tidak mesra poket. Lagi berbaloi jika buat sendiri di rumah dan berpuas hati dengan hasil tangan sendiri. Tambah-tambah lagi, bila tetamu puji sedap.
Jom kita tengok resipi aiskrim ‘mewah’ ini.
Baca juga: Apple Crumble Cara MUDAH, Tambah Topping Aiskrim Vanilla Lagi Sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara membuat:
1. Campurkan susu pekat, whipping cream, cheese tartura dan ovalette ke dalam bekas.
2. Gunakan mixer sehingga kekentalan cheese hilang dan campuran kelihatan licin.
3. Kemudian, masukkan non dairy whipping cream dan terus kacau sehingga krim menjadi dua kali ganda.
4. Bahagikan adunan kepada dua bekas. Satu bekas dicampur dengan coklat ganache.
5. Campurkan coklat pekat, whipping cream dan mentega dan cairkan secara double boiler.
6. Hias mengikut kreativiti sendiri.
Selamat menikmati aiskrim cheese indulgence yang lembut dan menyegarkan ini!
Kredit resipi dan gambar: Puan Izan Shafi
Baca juga: Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…