air longan

Pelbagai jenis minuman yang boleh dicuba di rumah untuk berbuka puasa. Salah satu air tersebut adalah resepi air longan cincau biji selasih.

Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, pastinya minuman ini dapat menghilangkan rasa haus dan kering tekak. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya.

Cara penyediaannya juga sangatlah mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja. Jika ada yang ingin mencuba, ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh Amelia Tamby Hussin di bawah

Baca juga: Resipi Air Buah Naga Nikmat Tak Terkata, Auto Hilang Dahaga Bila Minum!

RESEPI AIR LONGAN LAICI BIJI SELASIH & ANEKA BAHAN CAMPURAN

air longan

Bahan-bahan:

  • Longan dalam tin (jangan buang airnya)
  • Laici dalam tin (jangan buang airnya)
  • Biji selasih
  • Cincau
  • Nata de coco (buang airnya)
  • Limau kasturi (ikut cita rasa, lebihkan jika suka masam)
  • Ais batu

Cara-cara:

  1. Tuangkan laici dan longan bersama airnya ke dalam sebuah bekas yang bersesuaian.
  2. Kemudian, masukkan biji selasih, cincau dan nata de coco.
  3. Perahkan limau kasturi mengikut cita rasa, lebihkan jika mahu rasa lebih masam.
  4. Akhir sekali, tambahkan ais batu secukupnya dan kacau sampai semua bahan sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati.

Sumber resipi dan gambar: Amelia Tamby Hussin

Baca juga: Jom Buat Sendiri Air Coklat Vanilla Yang ‘Kaw’, Tak Sabar Nak Minum!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN