Setiap kali demam, selalunya pasti akan datang ‘pakej’ bersama batuk dan selsema. Untuk mengurangkan simptom tersebut, anda boleh mengamalkan minuman air lemon cengkih ini.
Tidak salah jika kita ikhtiar cara tradisional untuk melegakan selsema dan batuk menggunakan bahan semula jadi.
Untuk mengetahui cara penyediaan air tersebut, mari ikuti perkongsian oleh Puan Mastura Rashid di bawah.
Baca juga: Resipi Sup Ayam Sesuai Untuk Batuk & Berkahak, Tekak ‘Auto’ Rasa Lega
CARA BUAT AIR LEMON CENGKIH
“Dah 3 hari saya demam dengan batuk selesema teruk. Tidur malam dengan sakit dadanya, kepala yang rasa nak pecah, dan bila berdiri pula rasa bergoyang-goyang pandangan.
Dahlah saya memang tak suka makan ubat demam. Sebab masa muda dulu dah banyak sangat bergantung dengan ubat demam bila sakit.
Jika saya migrain, teh cengkih pun dah cukup melegakan. Jadi disebabkan hari pertama saya diserang migrain yang teruk, dan demam panas, saya pun buatlah remedi dari dapur. Iaitu air lemon cengkih. Terus surut demam dan migrain. Cuma badan masih lembik dan goyang-goyang gitu.
Nak buat remedi ni mudah sangat tau. InsyaAllah berkesan yang amat untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain kurang. Tapi kalau migrain disebabkan blocked sinus, remedi ni tak berapa berkesan okeh.
InsyaAllah berkesan yang amat untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain kurang. Tapi kalau migrain disebabkan blocked sinus, remedi ni tak berapa berkesan okeh.
Migrain disebabkan cuaca panas, demam, silau cahaya insyaAllah boleh lega dengan air lemon cengkih ni. Bawah ni saya kongsikan bahan dan cara buat air lemon cengkih.”
Bahan-bahan:
- 1 biji lemon
- 10-15 kuntum bunga cengkih
- Air 1 periuk kecil (lebih kurang 4-5 cawan air)
Cara buat:
1. Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sehingga air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air). Tutup api dan periuk.
2. Biarkan sehingga air menjadi suam-suam panas.
Cara minum:
1. Tuang lemon ke dalam cawan, tambah madu asli dan minum seperti biasa pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Kredit: Mastura Rashid
Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Guna 2 Bahan, Hanya Guna Limau Kasturi & Kicap