“Fuhh terliurnya tengok orang share air cocktail bandung buah-buahan untuk berbuka. Guna bahan mudah pula tu..”
Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan tekak kan? Tapi malas pula nak ke bazar semata-mata untuk membeli air.
Tidak mengapa, anda boleh cuba buat sendiri air berbuka puasa yang sejuk tekak seperti air koktail bandung buah-buahan ini di rumah.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah mudah!
Baca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!
Resipi Air Cocktail Bandung Buah-Buahan
Bahan-bahan:
- 1 tin laici
- 1 tin buah-buahan campur
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- Perasa sirap
- Ais
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas iaitu 1 tin laici, 1 tin buah-buahan campur, 1 tin susu pekat, 1 tin susu cair dan perasa sirap. Tambah sedikit air jika nak kurangkan manis. Kemudian tambah ais secukupnya.
2. Jika guna jug kecil, kurangkan kuantiti bahan kepada separuh bahagian saja.
3. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. Sesuai dijadikan minum berbuka puasa mahupun hidangan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.
Kredit resipi dan gambar: Ira Idris
Baca juga: Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim