Nikmat sungguh kalau berbuka nanti dapat minum air yang sejuk dan menyegarkan tekak seperti resepi air chrysanthemum lemon laici ini.
Mudah saja nak buat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti ya! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah ringkas.
Jika ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh saudara Ben Safwan menerusi laman sosial Facebook miliknya. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Air Jus Kedondong Asam Boi Asli, Rasa Masam Manis Memang Sejuk Tekak Dibuatnya!
AIR CHRYSANTHEMUM LEMON LAICI
Bahan-bahan yang diperlukan:
– 5 hingga 6 sudu makan putik bunga kekwa
– 2 senduk gula perang organik
– 100 ml air Lemon Sprite
– 1 biji buah lemon dipotong
– 1/3 laici dan air laici Hosen
Cara-cara:
1. Rebus 5 hingga 6 sudu makan bunga kekwa dalam 4 cawan air sehingga mendidih. Masukkan 2 senduk gula perang organik (manis biasa-biasa).
2. Sediakan balang, tuang 100 ml air Lemon Sprite, 1 biji lemon yang dipotong, 1/3 laici dan air laici tin jenama Hosen.
3. Masukkan 1/2 pati air rebusan bunga kekwa tadi. Simpan dalam freezer sebelum diminum. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Ben Safwan via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Cara Buat Air Teh Bunga Longan Yang Mengiurkan, Sejuk Tekak Bila Dapat Minum!