Categories: Resipi

Cara Buat Air Carrot Susu Yang Menyegarkan, Buat Sendiri Boleh Minum 1 Jag!

Air carrot susu adalah antara minuman yang sering dipesan oleh kebanyakan orang setiap kali makan di kedai. Rasanya yang manis dan segar sangat nikmat, lebih-lebih lagi jika diminum ketika cuaca panas.

Rupanya, cara membuatnya tidaklah susah jika ada yang ingin mencubanya di rumah. Bukan saja mudah, malah lebih puas kerana boleh buat dalam kuantiti yang banyak sekali gus.

Jom lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Hot Chocolate Yang Kaw & Pekat, Ada 2 Bahan Ini Dah Cukup!

CARA BUAT AIR CARROT SUSU

Bahan-bahan (untuk 1 jug kecil):

  • 1 biji carrot (lobak merah)
  • 1 cawan air sejuk
  • 2-3 sudu makan susu pekat atau 1 cawan susu segar (Jika menggunakan susu segar, campurkan dengan 3-4 sudu makan air gula)
  • Air batu secukupnya
  • Blender atau blender jus

Cara-cara:

  1. Potong kecil-kecil carrot.
  2. Blend carrot bersama air sejuk hingga halus.
  3. Masukkan susu ke dalam jug.
  4. Tapis carrot yang telah diblend untuk mendapatkan jusnya sahaja.
  5. Tekan carrot yang ditapis menggunakan sudu untuk mengeluarkan jus yang lebih banyak.
  6. Kacau jus carrot bersama susu dalam jug. Tambah air sejuk atau air batu secukupnya.
  7. Minuman air carrot susu anda kini siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Siti Rozaliza

Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, No.3 Paling Ramai Suka!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago