Segarnya tekak bila dapat teguk air Blue Lemonade ini ketika berbuka puasa. Memang hilang dahaga tu sekali dapat sejukkan tekak dan badan.
Sekali tengok air bancuhan ini, mesti teringat lautan biru yang luas terbentang. Memang feeling habis sambil menikmati juadah berbuka puasa.
Baca juga: Dahaga Giler Musim Panas Ini? 5 Resipi Air Untuk Sejukkan Badan
Ada tekniknya untuk buat Blue Lemonade ini. Walaupun nampak premium, bahan-bahannya ringkas dan mudah sangat! tak sampai 10 minit dah siap bancuh sebelum azan maghrib berkumandang.
Hanya guna kordial ‘blue rose’ yang boleh didapati di kedai acheh atau pasaraya, korang dah boleh buat bancuhan air ini. Ini kalau buat berniaga air balang pun laku tau!
Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Cik Ning Haniey melalui laman Facebook dan membuatkan penulis pun terliur nak bancuh sendiri di rumah. Jom kita lihat cara-caranya.
RESIPI AIR BLUE LEMONADE
Saiz: 1 Jug Air
Bahan-bahan:
Kordial Blue Rose
2 biji lemon – dihiris bulat
4 biji limau nipis – dibelah dua
Daun pudina
1 batang serai – diketuk
Biji selasih – optional
6-7sdb gula
1 jug air
Ais ketul
Cara-caranya:
1. Mula-mula, hiris bulat-bulat lemon yang hendak digunakan sebagai hiasan. Kemudian yang selebihnya, perah lemon untuk keluarkan jusnya.
2. Buat bancuhan gula menggunakan air panas.
3. Selepas buat bancuhan air gula, masukkan kordial blue rose kira-kira 3 sudu besar dan masukkan air dalam setengah jug.
4. Kemudian, masukkan pula jus perahan lemon, daun pudina, serai dan biji selasih.
5. Kacau hingga sebati. Kira-kira lagi 15 minit dah nak masuk waktu berbuka, baru masukkan ais untuk sejukkan air bancuhan tadi.
6. Air sedia untuk dinikmati!
Selamat mencuba! Tapi jangan cuba rasa masa puasa pula, hiks.
Baca juga: Bekas Pekerja Starbucks Ini Kongsi Rahsia Bancuh Air Nescafe Padu, ‘Konfirm’ Terangkat lah!