Kalau nak berjimat tak semestinya tak boleh makan sedap. Ada banyak resipi mudah tapi sedap yang boleh dicuba dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Salah satu contoh, resipi air asam ikan rebus.
Walaupun menu ini kelihatan simple, tapi rasanya boleh membuat sesiapa sahaja ‘terbeliak’ biji mata. Sangat sedap dan menyelerakan!
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap hasil perkongsian oleh saudari Yatie Yuyue di bawah. Dijamin akan makan bertambah-tambah.
Baca juga: Resipi Telur Rebus Goreng Balado, Sesuai Untuk Yang Nak Jimat Tapi Makan Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kukus ikan selama 10 minit bersama sedikit air, asam keping dan sehiris lengkuas.
2. Dalam mangkuk, satukan asam jawa, air suam, gula, garam, belacan dan secukup rasa. Kacau rata, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Letakkan ikan yang sudah dikukus ke atas pinggan.
4. Kemudian masukkan bawang holland, tomato, cili api dan air limau nipis.
5. Seterusnya tuangkan campuran air asam tadi.
6. Biarkan selama 10 hingga 20 minit sebelum dimakan supaya rasa masam, masin, manis dan pedas sudah menjadi sebati.
Kredit resipi dan gambar: Yatie Yuyue
Baca juga: Nak Jimat Buat Sendiri Je ‘Sos Cili Thai’, Modal RM5 Dapat 3 Botol!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…