agar-agar santan

Musim panas sekarang ini, tekak asyik nak benda yang menyegarkan sahaja, betul tak? Sedapnya kalau dapat makan pencuci mulut yang manis dan sejuk seperti Agar-Agar Santan.

Pencuci mulut ini bukan biasa-biasa, dalam dia siap ada isi kelapa muda. Agar-agar pun dah sedap, kemudian dicampur dengan kelapa ini bertambah sedap!  Tapi, pastikan disejukkan semalaman sebelum makan.

Baca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!

Resipi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda

Bahan Untuk Lapisan Bawah:

  • 1/2 pek agar-agar tali ( 6 gram )
  • 6 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air

Cara Buat Lapisan Bawah Agar Agar:

  1. Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih, baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur. Baru tambah masuk gula bersama garam. Tutup api bila sebati dan suamkan.
  2. Kemudian, baru tambahkan santan dan kacau manja.Tuang dalam bekas adunan lapisan bawah dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

“Pernah tak anda buat resepi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.”

Bahan Untuk Lapisan Atas:

  • 10 helai daun panda dikisar bersama 1/2 cawan air dan ditapis.Ambil jusnya.
  • 2 biji isi kelapa muda
  • 4-6 sudu makan gula
  • 1/2 agar agar tali ( 6 gram )
  • 350 ml air

Cara Buat Lapisan Atas:

  1. Didihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. Baru tambahkan jus pandan,gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.
  2. Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk membolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.
  3. Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah.Baru tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.

  4. Biarkan di luar sekitar 30 minit dan masukkan dalam peti untuk mengeras dalam anggaran masa 2-3 jam. Jadi kalau anda nak makan agar agar santan ini pada waktu berbuka puasa, seeloknya buat pada tengahari.
  5. Siap! Anda jangan lupa untuk cuba buat di rumah, okay!

Kredit resipi: Anisah Connie

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN