agar agar kelapa

Setelah penat seharian di luar, mesti tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Nak lebih mudah, buat saja Agar Agar Kelapa Selasih yang sedap tak terkata ini.

Agar Agar Kelapa Selasih merupakan pencuci mulut klasik yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Selain dihidangkan sewaktu kenduri, ramai yang suka buat pencuci mulut ini di rumah.

Kami tertarik dengan perkongsian hasil Agar Agar Kelapa Selasih oleh Erny Shafrida di Facebook yang sangat cantik kerana ia kelihatan seperti kolam yang penuh dengan ikan. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Santan Pandan, Ini Petua Supaya Kepala Santan Tak Pecah Lemak

RESIPI AGAR AGAR KELAPA SELASIH

agar agar kelapa

Bahan-bahan:

  • 1.2 liter air kelapa muda
  • 1 paket agar-agar tali 20 gram
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar biji selasih (rendam dengan 1 cawan air suam )
  • Segenggam gula batu
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, tapiskan air kelapa dan asingkan isinya, kemudian hiris isi kelapa secara halus.

2. Selepas itu, masak air kelapa bersama daun pandan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.

3. Kemudian, masukkan agar-agar, gula, gula batu sehingga larut dan biarkan mendidih seketika.

4. Seterusnya, masukkan biji selasih, isi kelapa dan pewarna biru supaya hasil macam kolam nanti (nak letak warna lain atau tak letak pun tak apa).

5. Setelah itu, tuangkan ke dalam bekas plastik atau loyang (saya guna loyang 10×10)

6. Akhir sekali, biarkan sejuk dalam peti sejuk dahulu selama beberapa jam, kemudian boleh potong. Siap untuk dinikmati!

agar agar kelapa

Rasa isi kelapa bersama biji selasih yang segar, ditambah pula dengan rasa yang kenyal di bahagian luar membuatkan ramai seronok menikmati Agar Agar Kelapa Selasih ini.

Paling nikmat setelah pulang kerja, terus ambil sepotong daripada peti sejuk. Setelah makan pencuci mulut ini, pasti badan yang penat seharian menjadi segar dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Erny Shafrida

Baca juga: Agar Agar Bandung Dengan 5 Bahan, Makan Sejuk-Sejuk Terus Kata Nikmat Dunia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN