Categories: Resipi

Resipi Agar-Agar Kelapa Pandan Klasik, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Terasa Lemak & Segarnya!

Agar agar kelapa pandan ini memang antara pencuci mulut yang tak pernah gagal buat ramai orang jatuh cinta. Gabungan rasa lemak santan, segarnya air kelapa dan aroma wangi pandan menjadikan kuih ini bukan sahaja sedap, tapi juga sangat menyegarkan bila dimakan sejuk.

Kalau ikut resipi agar agar kelapa pandan ini, teksturnya lembut tapi tetap pejal sedikit bila digigit, memang puas hati. Lagi-lagi kalau dimakan waktu cuaca panas, memang cepat habis satu loyang tanpa sedar.

Menariknya, resipi ini juga boleh diubah ikut bahan yang ada di rumah. Sama ada guna isi kelapa muda asli atau versi “copy ori”, hasilnya tetap sedap dan memikat selera anak-anak mahupun orang dewasa.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Oren Manis & Segar, Kena Pakai Gula Jenis INI Supaya Pejal & Tak Berair

RESIPI AGAR AGAR KELAPA PANDAN

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali (20 gram)
  • 1400ml air (campuran air biasa + air kelapa)
  • 3/4 cawan gula pasir (lebih kurang 150g)
  • 3–4 ketul gula batu (untuk elak agar-agar berair)
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
  • 8 helai daun pandan
  • Isi kelapa muda (asli atau “copy ori” yang disagat)
  • Air pandan (daun pandan diblend dengan 500ml air, tapis guna kain tapis supaya lebih halus dan wangi)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air dan agar-agar tali ke dalam periuk. Masak sampai agar-agar larut sepenuhnya.
  2. Bila dah mula berwap, masukkan gula pasir, gula batu, air pandan yang telah ditapis dan pewarna hijau epal. Kacau sampai semua larut.
  3. Biarkan adunan mendidih seketika supaya semua bahan sebati dan rasa lebih sekata.
    Tutup api.
  4. Sediakan loyang, masukkan dulu isi kelapa muda yang telah disagat (atau versi “copy ori” jika guna serbuk jelly kelapa).
  5. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang perlahan-lahan supaya isi kelapa tidak berkumpul di satu tempat sahaja.
  6. Biarkan sejuk pada suhu bilik sehingga mula mengeras sedikit.
  7. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 2–3 jam hingga betul-betul set.
  8. Bila dah keras, boleh potong atau terus makan sejuk-sejuk. Lagi sedap!

Tip tambahan:

  • Guna air kelapa asli kalau ada, rasa lebih segar dan natural
  • Jangan skip gula batu, ini bantu elakkan agar-agar jadi berair
  • Kalau nak lebih wangi, tambah sedikit lagi daun pandan
  • Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam untuk tekstur terbaik

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Resepi Agar Agar Simple, Ini Tips Cantik Berkilat & Tak Pecah Bila Potong

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago