AEON Taman Universiti menjadi tumpuan ramai apabila memperkenalkan sudut khas untuk resipi viral Khairul Aming. Setiap perkongsian menu beliau sering menjadi bualan, tetapi ramai menghadapi kesukaran mendapatkan bahan tertentu apabila stok cepat habis atau perlu mencari dari satu lorong ke lorong lain.
Untuk memudahkan urusan dapur pelanggan, AEON cawan tersebut menyediakan sudut khas yang menghimpunkan semua bahan resipi viral Khairul Aming di satu tempat. Gambar sudut ini telah mendapat perhatian warganet selepas dikongsikan di media sosial.
Baca juga: Berlumba Nak Jadi ‘Best Student’ Khairul Aming, Gelagat Netizen Cuba Resipi Buat Ramai Pecah Perut!
Melalui sudut ini, pelanggan boleh mendapatkan sos, rempah, cili kering, santan dan bahan lain tanpa perlu mencari di lorong berlainan. Langkah ini menjimatkan masa dan memudahkan mereka yang pertama kali mencuba resipi viral tersebut.
Rata-rata warganet memuji inisiatif kreatif AEON Taman Universiti kerana responsif terhadap trend semasa. Pendekatan ini juga membantu mereka yang kurang arif tentang susun atur pasar raya, malah memudahkan suami atau anak-anak membeli barang dapur.
Dari perspektif perniagaan, strategi ini juga bijak kerana mengelompokkan bahan mengikut tema resipi viral. Pelanggan lebih terdorong membeli semua bahan sekali gus, meningkatkan jualan produk yang mungkin sebelum ini kurang diberi perhatian.
Inisiatif AEON Taman Universiti ini dilihat sebagai contoh positif dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih efisien dan mesra pelanggan. Tidak mustahil, pendekatan sebegini akan diperluas ke cawangan lain, terutamanya ketika musim perayaan atau apabila sesuatu resipi sedang viral.
Sumber: Thread
Baca juga: 5 Resipi Air Viral Khairul Aming Yang Mudah Buat Sendiri Di Rumah & Sedap Untuk Buka Puasa, Cubalah!
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…
Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…
Resepi sosej masak sambal ini memang sesuai untuk yang teringin menikmati lauk ringkas seperti yang…
Resepi ayam masak merah simple ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan lauk sedap tanpa perlu…