Categories: Resipi

Resipi Acar Sayur, Gantikan Cuka Dengan Bahan ‘Ini’ Untuk Elak Gastrik

Resipi acar sayur  ini menggunakan gabungan lemon dan sunquick untuk memberi rasa menyelerakan. Bagi mereka yang alah kepada cuka atau mengalami masalah gastrik, resipi ini adalah alternatif yang lebih sesuai.

Bila dah ada acar sayur, haruslah disampingnya menu nasi minyak, nasi putih ataupun lauk gulai udang nanas. Barulah kata orang, ngam.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca lagi: Gulai Udang Nanas Tumis Darat, Kuah Pedas Masam Yang Menggoda!

RESIPI ACAR SAYUR

Bahan-bahan:

  • 1 biji nanas (dipotong kecil)
  • 1 batang timun (dibuang biji dan dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dibiarkan bulat-bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris, jangan terlalu nipis)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit (untuk pewarna kuning)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh tambah mengikut selera)
  • 2 sudu besar Sunquick

Cara Penyediaan:

1. Rendam nenas, timun, bawang merah, bawang putih, cili merah, dan cili hijau dalam campuran air kunyit, garam, dan gula selama lebih kurang 10 minit. Pastikan kuantiti air tidak terlalu banyak, sekadar menutupi sayur-sayuran sahaja.

2. Setelah 10 minit, tapis sayur-sayuran dan asingkan air rendaman tersebut. Jangan buang air rendaman ini kerana ia akan digunakan nanti.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia bersama biji sawi sehingga naik bau dan mesra.

4.  Setelah bahan tumisan mesra, masukkan air rendaman sayur tadi. Gunakan api perlahan kerana gula dalam air rendaman akan cepat pekat. Kacau sehingga nampak buih-buih kecil.

5.  Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air panas untuk mencairkan kuah agar tidak terlalu likat.

6. Masukkan jus lemon dan Sunquick ke dalam kuah, kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.

7. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran yang telah ditapis tadi. Kacau sekejap sahaja supaya sayur kekal rangup dan tidak terlalu lembik.

8.Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula, atau jus lemon mengikut citarasa. Pastikan keseimbangan rasa masam dan manis.

Sumber: Autumn FarahFied

Baca lagi: Resipi Kerabu Epal Hijau, Rasa Masam Manis Kecur Air Liur Dibuatnya!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago