Bila makan nasi minyak, acar jelatah merupakan salah satu menu sampingan yang wajib ada. Ia boleh dikatakan sebagai pelengkap hidangan, kalau tak ada memang tak lengkap rasanya.
Cara membuatnya juga tidak renyah dan hanya menggunakan beberapa bahan saja. Namun begitu, kebanyakan orang sering menggunakan cuka, berbeza pula dengan resipi ini kerana tidak menggunakan cuka sama sekali.
Resipi ini sesuai untuk mereka yang tidak suka dengan bau cuka tersebut. Kalau ada yang nak tahu cara penyediaannya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Ameera di bawah.
Baca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
1. Potong timun mengikut cara masing-masing. Boleh boleh petak, belah tengah atau bujur sirih.
2. Potong juga nanas mengikut cara yang disukai. Potong nipis bawang merah serta hiris serong cili merah besar.
3. Masukkan juga garam dan gula. Kemudian gaul semua bahan hingga bercampur rata dan sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ameera
Baca juga: Resipi Nasi Tomato ‘Power’ Guna Cara Kukus, Nasi Elok Tak Keras & Tak Lembik
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…