Masakan Hari Raya Orang Bugis…… Bukan lemang, bukan ketupat daun palas tapi Lepat Loh…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lepat Loh

Masakan Hari Raya Orang Bugis…… Bukan lemang, bukan ketupat daun palas tapi Lepat Loh…

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg pulut – masak seperti biasa dgn santan, garam dan sedikit minyak(optional)
  • Daun pisang muda sebesar paper A4 (untuk balut pulut) – berapa keping tu tgk brapa byk pulut tu sampai habis
  • Daun pisang tua (lebih kurang 3 jengkal panjangnya, janji boleh balut seluruh pulut) – tgk brape set dpt utk 1 kg, haritu buat 3 kg so tak dpt agak utk 1 kg pulut.
  • Tali rafia dan gunting
CARA PENYEDIAAN
  • Masak pulut seperti biasa, masak sehingga 2/3 masak
  • Setelah pulut sejuk bentukkan kepada segitiga dan panjang lbh krg 6 inci – kalau betul2 ada acuan dia, tu yg sama jek besar dan panjang nyer…tapi kite bugis celup jek, just bentuk2kan pakai jari jek…acuan kene buat, tak de jual kot…
  • Balut atau bungkus pulut (lipat kiri kanan baru lipat gulung ikut bentuk segitiga)
  • Cukup 7 biji susun menjadi bulat
  • Gulung dan bungkus pulut 3segi tu dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah bentuk mcm gambarajah (pandangan dari tepi)
  • Ikat
  • Rebus selama 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat jugak…..
  • Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidang tanpa buka daun pisang muda atau potong dua…. mkn dengan rendang dan lauk2 lain dihari raya….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN